Pengarah Bintai Kinden letak jawatan

KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corp Bhd, penyedia perkhidmatan mekanikal dan elektrikal, mengumumkan perletakan jawatan Pengarah Eksekutif iaitu Azri Azerai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Bintai Kinden memaklumkan perletakan jawatan itu atas ssebab peribadi dan komitmen masanya terhadap syarikat-syarikat lain.

Azri, 24, memegang jawatan itu pada 23 Julai 2021 ketika berusia 22 tahun.

Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Oktober 2021, empat bulan selepas pelantikan itu.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memegang semula jawatan asal, iaitu Pengarah Eksekutif pada 16 Februari.

Belian sebelum ini memegang jawatan pengarah dalam beberapa syarikat senaraian awam, antaranya Serba Dinamik Holdings Bhd dan NWP Holdings Bhd, kedua-duanya sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.

Azri bagaimanapun meletakkan jawatan dalam NWP pada Mac 2022 dan Serba Dinamik pada Oktober tahun lalu.

Ketika ini, beliau memegang jawatan dalam Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC) sebagai Pengarah Eksekutif.

Bintai Kinden turut mengumumkan peletakan jawatan Ong Choon Lui sebagai Naib/Timbalan Pengerusi Eksekutif untuk meneruskan bidang lain.

Beliau memegang jawatan itu pada 24 Februari 2022, selepas dilantik semula daripada jawatan sebelumnya sebagai Pengarah Ketua Eksekutif.

Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas Bintai Kinden, Datuk Ibrahim Othman turut meletakkan jawatan atas sebab peribadi.

Sementara itu, Datuk Ng Choon Koon, 47, dan Ng Siew Kim, 31, dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan EKsekutif Bintai Kinden, berkuat kuasa semalam.

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028