Bursa Malaysia rendah, kekal di bawah 1,400 mata

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia rendah pada sesi awal urus niaga pagi Rabu apabila pelabur terus menumpukan perhatian kepada undian siling hutang Amerika Syarikat (AS) manakala Wall Street tidak banyak menyediakan petunjuk selepas mempamerkan prestasi semalaman yang bercampur-campur.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.25 mata kepada 1,395.66 daripada 1,396.91 pada penutup semalam.

Namun begitu, indeks barometer dibuka 1.79 mata lebih tinggi pada 1,395.12.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 183 berbalas 137, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,727 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan RM292.03 juta bernilai RM125.18 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman dengan Dow Jones susut 0.2 peratus selepas data keyakinan pengguna pada Mei 2023 merosot ke paras terendah enam bulan, manakala S&P 500 ditutup mendatar.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata pelabur mungkin memihak kepada sektor teknologi memandangkan Nasdaq melonjak melebihi paras 13,000, manakala kaunter tenaga boleh diperbaharui diunjur menjadi tumpuan berikutan langkah kerajaan untuk melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga.

Pada masa yang sama, ia percaya tekanan jualan dijangka dilihat dalam sektor membabitkan tenaga selepas harga minyak mentah susut kepada AS$73 setong.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Maybank menokok empat sen kepada RM8.63, manakala Public Bank, CIMB dan Maxis meningkat dua sen, masing-masing mencatatkan harga RM3.86, RM4.91 dan RM4.29 dan Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM6.76.

Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM9.52 dan CelcomDigi lebih rendah lapan sen kepada RM4.49.

Antara saham aktif, Radium Development yang baharu disenaraikan di Pasaran Utama merosot 11.5 sen kepada 38.5 sen dan Aimflex turun 1.5 sen kepada 15.5 sen, manakala Revenue Group menokok setengah sen kepada 27 sen dan MyEG naik tiga sen pada 82 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 5.42 mata kepada 10,273.69, Indeks FBMT 100 lebih lemah 6.65 mata kepada 9,976.25 danIndeks FBM Emas Syariah menguncup 23.52 mata kepada 10,630.89

Indeks FBM ACE pula merosot 42.40 mata kepada 4,924.69 manakala Indeks FBM 70 peroleh 0.50 mata kepada 13,551.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 50.77 mata kepada 15,320.07, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.33 mata menjadi 162.19, Indeks Perladangan kerugian 47.23 mata kepada 6,700.27 dan Indeks Tenaga turun 9.29 mata kepada 817.75.

  • Coelho

    Related Posts

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

    • April 17, 2025
    Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait