Potensi pelaburan RM23b bukti keyakinan firma Jepun kepada Malaysia – MIDA

KUALA LUMPUR: Potensi pelaburan bernilai RM23.07 bilion yang diraih dalam misi perdagangan dan pelaburan (TIM) ke Jepun baru-baru ini, membuktikan keyakinan syarikat global terhadap ekosistem perniagaan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman, berkata pihaknya turut menyambut baik rancangan pelaburan oleh syarikat-syarikat Jepun seperti NHK Spring, CKD Corporation, Denso Corporation dan Omron di Malaysia.

“Kita berhasrat mewujudkan peluang besar bagi pertumbuhan yang sejajar dengan tumpuan ke atas industri berteknologi tinggi, inovasi dan mampan, termasuk ekosistem kenderaan elektrik.

“Selain itu, kita juga komited dalam memupuk kerjasama lebih erat dan memacu pertumbuhan mampan yang melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Misi ke Tokyo dan Osaka selama lima hari mulai 29 Mei lalu, diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ia membabitkan pertemuan dengan wakil syarikat daripada pelbagai sektor, termasuk komponen berkaitan kenderaan elektrik (EV); elektrik dan elektronik; bahagian dan komponen jentera; alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG); logam dan kimia serta produk berasaskannya.

Menurut MIDA, syarikat NHK Spring, penggiat utama dalam pengeluaran substrat logam bersepadu akan mengembangkan lagi kemudahan pengeluarannya di Negeri Sembilan bagi menampung lonjakan permintaan substrat yang penting untuk tujuan elektrifikasi kereta.

“Memandangkan industri EV diunjur terus mencatat perkembangan ketara, rancangan pengembangan NHK Spring di situ juga seiring dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan lagi ekosistem padu bagi pembangunan EV.

“Pembinaan kilang dan kemudahan baharu itu dijangka siap menjelang Disember 2023, sekali gus mengesahkan lagi komitmen syarikat itu terhadap Malaysia sejak pembukaan kemudahannya di Senawang pada 1994,” katanya.

MIDA berkata, pengembangan itu juga mengukuhkan peranan NHK Spring dalam pembuatan papan pendawaian bercetak berasaskan logam serta turut meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.

Dalam pada itu, Omron pula berkongsi pelan pelaburan perniagaan masa depannya dengan menumpukan produk-produk pengeluaran menggunakan tenaga boleh diperbaharui bagi menyumbang kepada masyarakat bebas karbon di Malaysia.

“Komitmen Omron terhadap kelestarian itu bertepatan dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan aspek amalan mesra alam sekitar dan teknologi hijau,” katanya.

Japan Petroleum Exploration Company Ltd (JAPEX) pula bekerjasama dengan PETRONAS membabitkan peluang penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), termasuk meninjau penyelesaian penyimpanan karbon dioksida bersesuaian di Malaysia.

Menurut MIDA, JAPEX yang juga syarikat cari gali, pengeluaran dan pengangkutan karbon, menyasarkan untuk meneroka penyelesaian CCS yang berpotensi menerusi aktiviti kematangan teknikal serta meneliti kaedah penangkapan dan penyimpanan maksimum.

Kerjasama itu yang diumumkan pada 28 Januari 2022, turut melibatkan aspek pelepasan, jumlah tangkapan dan kaedan pemantauan karbon dioksida yang disimpan di bawah tanah.

Arham berkata, MIDA akan terus aktif mempromosi peluang pelaburan dan menyediakan sokongan komprehensif.

MIDA sebelum ini mengumumkan kejayaan Malaysia menarik pelaburan diluluskan merangkumi pelbagai sektor ekonomi berjumlah RM71.4 bilion (AS$16.2 bilion) bagi suku pertama 2023.

Ini turut membabitkan 14 projek pembuatan dan perkhidmatan yang mana penglibatan Jepun itu diluluskan oleh MIDA dengan jumlah pelaburan bernilai AS$47.0 juta.

Kesemua projek itu diunjur dapat mewujudkan peluang pekerjaan bagi 653 orang dan meletakkan Jepun sebagai pelabur asing ketujuh terbesar segmen terbabit dalam pelaburan diluluskan pada suku pertama 2023.

  • Coelho

    Related Posts

    OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

    KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit di bawah Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus…

    Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali

    KUALA LUMPUR: Deleum Bhd menerusi Deleum Oilfield Services Sdn Bhd menerima kontrak menyediakan perkhidmatan dan peralatan penyelenggaraan telaga (slickline) untuk Pakej A1 selama lima tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Ekuinas melabur dalam Bluesify perkukuh keselamatan siber negara

    • March 17, 2025
    Ekuinas melabur dalam Bluesify perkukuh keselamatan siber negara

    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

    • March 13, 2025
    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

    Mahmud Abu Bakar dedah punca saman ke atas Cahya Mata Sarawak

    • March 13, 2025
    Mahmud Abu Bakar dedah punca saman ke atas Cahya Mata Sarawak

    Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

    • March 13, 2025
    Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

    OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

    • March 7, 2025
    OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

    Cahya Mata Sarawak Bhd berdepan tuntutan saman oleh Mahmud Abu Bekir tuntut periksa akaun syarikat

    • March 7, 2025
    Cahya Mata Sarawak Bhd berdepan tuntutan saman oleh Mahmud Abu Bekir tuntut periksa akaun syarikat