Tanah Terengganu: Ahmad Said sedia berdebat dengan Menteri Besar Terengganu

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, hari ini mengulangi cabaran berdebat dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai sebidang tanah di Kuala Terengganu yang didakwa dijual di bawah harga pasaran.

Ahmad Said yang juga Adun Kijal itu berkata beliau mahu tahu sama ada tanah berkenaan – didakwa bernilai RM29 juta – dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunissa’) dengan harga RM550,000.

Beliau berkata, Ahmad Samsuri tidak perlu takut sekiranya dia berada di pihak yang benar.

“Saya kata saya bila-bila masa boleh berdebat dengan dia (Ahmad Samsuri Ahmad).

“ Ya memang dia salah sebab tu dia tak berani. Sebab tu saya kata kalau dia tak mampu dia boleh bawa ke PDT (Pejabat Daerah Tanah) sebab saya pernah bawa ke pejabat tanah saya tahu undang-undang tanah, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Perhimpunan Agung UMNO 2023, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, Ahmad Samsuri kini cuba memainkan isu bahawa UMNO juga turut memberikan tanah.

“Sekarang ni dia cuba war-warkan umno bagi tanah. Saya kata betul dari segi perlembagaan UMNO ada pemilikan harta tanah dan sebagainya tapi kita bagi tanah kerajaan bukan tanah ambil balik. Ini tanah ambil balik.

“Dia menang pada tahun 1999 dia serahkan tanah ini pada koperasi. Kita ambil balik dengan harga RM6.7 juta. Selepas itu kita wartakan…pastu dia menang balik dia beri semula kepada koperasi,” katanya.

Ahmad Said yang pernah menerajui kerajaan Terengganu turut mempersoalkan logik di sebalik harga RM500,000 berdasarkan bayaran premium tanah.

“Nilai tanah RM6.7 juta, premium biasa tanah yang patut dikenakan adalah lapan peratus setahun. Tetapi dia nilaikan denga harga RM5.5 juta dan mengarah tanah untuk dibayar dengan harga RM550,000.

“Sedangkan nilai semasa tanah dibuat kerajaan negeri bernilai RM29 juta. Nilai RM29 juta kamu beri hanya RM550,000… mana modal kerajaan?

Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa perkara itu telah dibawa kepada perhatian Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menggesa SPRM segera jalankan siasatan.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    • June 13, 2025
    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    • June 13, 2025
    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN