Kerajaan Kelantan perlu ” hikmah” dalam denda orang bukan muslim

  • News
  • June 26, 2023

Tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang mengeluarkan notis kompoun terhadap seorang wanita bukan Islam yang memakai pakaian tidak sopan boleh memberi kesan kepada sektor pelaburan di Malaysia.

Ini berikutan berita demikian boleh memberikan persepsi negetif media antarabangsa mengenai penguatkuasaan kerajaan negeri kepada individu bukan islam di Malaysia.

Untuk rekod Media Antarabangsa telahpun memainkan isu pakaian sekumpulan pemuda daripada sebuah parti politik yang berarak dengan berpakaian perang lengkap bersenjata, menimbulkan kegerunan orang ramai pada bulan Mac lalu.

Ianya ditambah lagi dengan laporan mengenai “green wave” yang dilaporkan oleh media Singapura yang tentunya akan menimbulkan kegusaran pelabur luar dan memberikan Malaysia bukan lagi negara Islam yang moderate bagi mereka.

Seorang penduduk di Kota Kinabalu yang ditemui Sabah Media berkata, tindakan seperti itu akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang yang bukan Muslim untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia

Kita Di Sabah, mempunyai rasa yang hormat mengenai hak-hak seorang rakyat bersandarkan prinsip perlembagaan negara kita iaitu, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

Justeru Majlis Perbandaran haruslah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh rasa hikmah kerana negara Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan haruslah penguatkuasaan itu dijalankan dengan penuh rasa kasih sayang dan tidak terlalu menghukum katanya.

Semalam tular berita mengenai seorang Wanita berusia 35 tahun yang menjalankan perniagaan pakaian, dikenakan kompaun itu semasa pemeriksaan mengejut oleh pegawai penguat kuasa majlis itu.

Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata pegawai-pegawai itu pergi ke kedai itu yang terletak di Jalan Merbau kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata pemilik premis bukan Islam itu didapati memakai kemeja T berlengan pendek dan seluar jean paras peha.

Rosnazli berkata, wanita itu didapati melakukan kesalahan di bawah 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian 2019.

Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985, dengan undang-undang berkaitan pemakaian sopan sudah lama diguna pakai terhadap penduduk Kelantan termasuk bukan Islam.

Difahamkan, wanita itu mempunyai masa tujuh hari daripada tarikh notis dikeluarkan untuk menjelaskan denda, jika enggan dikenakan tindakan lanjut.

Kejadian itu tular di media sosial selepas ahli keluarga wanita berkenaan memuat naik notis kompaun dan turut menimbulkan perdebatan warganet.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    • July 13, 2026
    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    • July 12, 2026
    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    • July 12, 2026
    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    • July 10, 2026
    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    • July 10, 2026
    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    • July 9, 2026
    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras