Pendakwaan rayu keputusan Bung, isteri bebas kes rasuah RM2.8 juta

  • News
  • September 19, 2023

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan FELCRA bernilai RM150 juta.

Memetik laporan BH, sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BH.

Pada 7 September lalu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan untuk membebaskan pasangan itu selepas membenarkan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada tahun lalu.

Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti menunjukkan dua saksi pendakwaan iaitu ejen Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid, memberi wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu melalui Zizie Izette.

Azhar dalam keputusannya dilaporkan berkata, mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding.

Sehubungan itu, ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

  • June 9, 2026
Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa