Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara bermula hari ini

  • News
  • September 22, 2023

BENTONG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mula mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah, di setiap program Jualan Rahmah di seluruh negara.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata bermula hari ini, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kilogram (kg) pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30, di mana-mana program Jualan Rahmah di kawasan mereka.

Beliau berkata, perkara berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, sebagai satu langkah mitigasi bagi menangani gangguan sementara bekalan beras tempatan dan kenaikan harga beras import.

“Harga beras import yang ditawarkan lebih murah daripada apa dijual di pasaran, iaitu biasanya pada harga RM35 hingga RM40 dan lebih, bagi sektor peruncitan.

“Ini usaha kita lakukan untuk membantu KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan dan peningkatan harga beras import di pasaran, ini langkah jangka pendek, kita percaya KPKM ada perancangan penyelesaian jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Armizan berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Program Jualan Rahmah, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Simpang Pelangai di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang.

Beliau berkata keputusan mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah, diambil bagi mengelakkan program itu yang diadakan di seluruh kawasan DUN di seluruh negara, menggangu bekalan beras tempatan di pasaran.

“Jadi biar kita ambil beras import tapi kita jual pada harga Rahmah, kita tak nak ganggu atau berlaku dan bertambah gangguan bekalan beras tempatan di sektor runcit,” katanya.

Armizan berkata pada mesyuarat NACCOL semalam, beliau sudah mengutarakan cadangan berkaitan perluasan penguatkuasaan kepada penguat kuasa KPDN dalam hal berkaitan beras, bagi membantu usaha menangani isu bekalan.

“Kita berpandangan wajar cadangan ini dipertimbangkan, kita mahu bantu (tangani isu beras), (namun) sebarang keputusan berkaitan itu akan diputuskan KPKM,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul