MOF bincang serah semula aset TH – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mula berbincang untuk mengembalikan aset Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada Syarikat Bertujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) pada 2018 secara berperingkat. bagi memastikan pulangan yang dibuat berjalan dengan baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti prestasi kewangan TH yang terus memulih, khususnya selepas bergelut isu kepincangan sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat selepas MOF berpuas hati dengan isu pengurusan dan tata kelola yang berbangkit sebelum ini.

Tegas Anwar, penyerahan semula aset itu membuktikan membuktikan dakwaan pihak tertentu kononnya aset TH yang diletakkan di bawah SPV sudah diserah kepada pemilikan bukan Islam adalah tidak benar sama sekali, sekali gus mematikan fitnah tersebut.

“Saya sudah beritahu dari awal sejak ambil jawatan ini, seandainya TH diurus dengan baik dan menyakinkan, maka MOF akan memulakan perbincangan menyerahkan semula aset yang kini diamanhkan kepada SPV kepada TH.

“Ini juga untuk mematikan fitnah kepada Menteri Kewangan ketika itu kononnya sudah memindahkan aset ini kepada bukan Islam,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Turut sama hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Pada Disember 2018, TH memindahkan aset yang tidak menguntungkan kira-kira RM19.9 bilion kepada SPV sebagai langkah untuk memantapkan kedudukan kewangannya.

Aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Anawar yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan turut akan meminda Akta Tabung Haji (TH) bagi menambah baik pengurusan dan kecekapan lembaga berkenaan.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta tersebut akan dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada sesi Parlimen awal tahun depan.

“(Kerajaan) akan meminda Akta TH bagi memenuhi maksud maqasid bukan saja pengurusan tapi juga kecekapannya untuk berfungsi memberi penghayatan kepada ibadah umat Islam.

“Kita akan cuba.. kalau tak sempat sesi Parlimen November ini, saya cuba awal tahun depan akan dibentangkan,” katanya.

Coelho

Related Posts

Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

PUTRAJAYA: Persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dalam mengurus ratusan program secara efektif dilaksanakan dengan baik oleh penjawat awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata pengurusan…

Nestle dan Berjaya Food bakal peroleh manfaat daripada gencatan senjata di Gaza

KUALA LUMPUR: Walaupun perjanjian gencatan senjata menamatkan perang di Gaza dilihat sebagai positif untuk Nestlé (Malaysia) Bhd dan Berjaya Food Bhd, pemulihan pendapatan mungkin mengambil masa berikutan peralihan sentimen pengguna,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

  • February 12, 2025
MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

  • February 12, 2025
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi

  • February 11, 2025
Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi

Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

  • February 10, 2025
Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

PM arah batal serta-merta lesen peniaga jual tapak bazar ramadan kepada pihak ketiga

  • February 10, 2025
PM arah batal serta-merta lesen peniaga jual tapak bazar ramadan kepada pihak ketiga

Pengasas 99 Speedmart kini individu ketujuh paling kaya di Malaysia 

  • February 7, 2025
Pengasas 99 Speedmart kini individu ketujuh paling kaya di Malaysia