Saham Plytec mula diniagakan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Kumpulan penyelesaian dan perkhidmatan kejuruteraan pembinaan Plytec Holding Bhd membuat penampilan pertama di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 36 sen iaitu premium satu sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 35 sen.

Bagi tempoh 45 minit selepas dagangan dimulakan, kaunter kedua paling aktif itu bagaimanapun susut kepada 34 sen dengan 53.4 juta saham saling berpindah tangan.

Menerusi langkah IPO berkenaan, kumpulan itu mempunyai modal saham terbitan yang dipertingkat sebanyak RM212.12 juta dengan sejumlah 606 juta saham.

Kumpulan itu berjaya mengumpul sebanyak RM37.1 juta menerusi IPO dengan RM7.8 juta daripadanya diperuntukkan bagi tujuan mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia penyelesaian kejuruteraan kaedah pembinaan (CME) selain meningkatkan kapasiti bagi peralatan kerja sementara.

Selain itu, sejumlah RM9 juta pula dimanfaatkan bagi tujuan pembayaran balik pinjaman, RM8 juta untuk perbelanjaan modal, RM6.3 juta untuk modal kerja dan baki RM6 juta untuk perbelanjaan penyenaraian serta pembelian sistem perisian dan perkakasan.

Pada masa sama, kumpulan itu menyasarkan untuk mengembangkan perniagaan CME di peringkat serantau dengan turut menyertai pameran di Vietnam, Indonesia dan Filipina. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah memuktamadkan perjanjian kerjasama dengan Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) bagi melaksanakan projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) Ipoh Sentral yang dianggarkan bernilai…

SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham

KUALA LUMPUR, 11 Julai – SkyGate Solutions Bhd bakal mengukuhkan kedudukannya dalam sektor teknologi dan telekomunikasi selepas menandatangani perjanjian baharu bagi meningkatkan pegangan dalam SkyGate Integration Sdn Bhd kepada 95%.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

  • July 11, 2025