Pengerusi Jetson Berhad letak jawatan

KUALA LUMPUR: Dato’ Tengku Ibrahim Farihaddin Dato’ Tengku Feissal melepaskan jawatan sebagai pengerusi kumpulan syarikat penyedia perkhidmatan bagi sektor pembinaan dan perkilangan, Kumpulan Jetson Berhad berkuat kuasa Khamis (24 November).

Turut melepaskan jawatan ialah Datuk Mohd Efendi Omar sebagai anggota Lembaga Pengarah syarikat, juga mulai Khamis dan Muhammad Badri Mukhtar yang meninggalkan syarikat pada 20 November lalu.

Tengku Ibrahim Farihaddin, 48, baharu dilantik sebagai Pengerusi kumpulan dan Mohd Efendi sebagai pengarah bebas bukan eksekutif baharu pada 6 Oktober lalu.

Kesemua mereka menyatakan alasan hanya `mencari kepentingan lain di bidang berasingan’, dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

Pelantikan Tengku Ibrahim Farihaddin sebelum ini, yang merupakan kerabat diraja Kelantan, menurut Jetson, disebabkan Datuk Teh Kian An, 75, pengasas syarikat yang menguasai 6.10% kepentingan telah meletak jawatan Pengerusi Eksekutif atas sebab-sebab kesihatan.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025