Abdul Halim, Michael Mujah angkat sumpah Ahli Dewan Negara

  • News
  • December 11, 2023

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Murum, Michael Mujah Lihan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Pelantikan Abdul Halim yang berkuat kuasa 23 November lalu hingga 22 November 2026 dan Michael bermula 11 Disember hingga 10 Disember 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari kelima sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada kedua-dua senator baharu itu.

Beliau turut mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mengekalkan momentum yang produktif dan terus berkongsi input perbahasan serta ucapan kepada media massa, elektronik dan media sosial supaya rakyat mendapat maklumat serta manfaat daripada perbahasan dalam dewan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • January 16, 2025
  • 49 views
Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

KUALA LUMPUR: Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan melaksanakan fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak tanpa mengganggu bekalan gas kepada pengguna termasuk pelabur, kata Tan Sri Abang Johari Openg. Premier…

  • News
  • January 16, 2025
  • 40 views
YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan pembangunan bandar baharu Brabazon YTL Group di Bristol, bandar terbesar di barat daya England. Pembangunan Bristol Brabazon yang memenangi anugerah itu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

  • January 16, 2025
Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

  • January 16, 2025
YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

  • January 14, 2025
‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

  • January 14, 2025
Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

  • January 14, 2025
Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM

  • January 13, 2025
Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM