Empat individu didenda RM500 mengaku bersalah masak di stesen minyak

BENTONG: Empat individu mengaku bersalah di Mahkamah Bentong di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24 (pegawai khidmat pelanggan); Nur Anis Salleh, 24 (pembantu pergigian); dan Nur Azira Azman, 23 (ejen hartanah) , didakwa memasak menggunakan dapur gas dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, pada 12 Mei lalu.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya.

Majistret Nadhratun Naeiem Zainan kemudian mengarahkan semua tertuduh membayar denda RM500 seorang dan tiga hari penjara jika gagal membayar denda.

Semua tertuduh membayar denda berkenaan.

Terdahulu, semua tertuduh dalam rayuan memohon dikenakan denda yang rendah dengan alasan masing-masing masih menanggung kedua ibu bapa, adik-beradik serta mengakui kesalahan kali pertama yang dilakukan mereka.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan, polis menahan 15 orang yang dipercayai terbabit memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini selepas tular menerusi media sosial.

Klip rakaman video itu menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Perbuatan itu mengundang kecaman warganet yang khuatir akan mengundang bahaya kerana stesen minyak adalah kawasan sensitif dan mudah terbakar.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026

Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

  • August 7, 2026
Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

  • August 5, 2026
SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

  • August 4, 2026
LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia