Maszlee Jawab Isu 1BestariNet

  • News
  • September 9, 2024

KUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik mendedahkan isu berkaitan 1BestariNet menjadi antara faktor peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.

Menerusi pendedahannya di Facebook, Maszlee mendakwa dipanggil oleh Perdana Menteri ketikaa itu, Tun Dr Mahathir sebanyak lima kali untuk bertemu di pejabatnya utnuk berbincang isu berkenaan.

“Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu Bestarinet, atau lebih khusus kontrak YTLC dengan KPM yang penuh kontroversi.

“Saya tidak boleh mengatakan ianya satu-satunya sebab, namun boleh saya katakan itu merupakan antara sebab mengapa PM meminta saya berbuat demikian, di mana menurut beliau di atas permintaan Presiden parti Bersatu Ketika itu.

“Malah saya juga telah hadir sebanyak dua kali dengan pimpinan tertinggi KPM untuk menerangkan kepada beliau perihal keputusan yang dibuat oleh KPM,” jelas Maszlee pada Jumaat.

Dedah Maszlee, pada mesyuarat terkahir bersama Dr Mahathir, beliau memaklumkan Tan Sri Muhyiddin amat marah kepadanya disebabkan isu tersebut.

Tidak lama selepas itu, Maszlee menerima keiriman emel yang meminta beliau memulangkan jawatan yang diamanahkan kepada beliau.

“Biarlah apa yang berlalu itu berlalu. Saya yakin, sepertimana dalam ucapan terakhir saya sebelum meninggalkan KPM, di atas arahan dan nasihat dari PM Ketika itu.

“Saya dengan berat hati, tetapi rela, menyerahkan semula jawatan tersebut kepada beliau di atas dasar patuh kepada arahan pimpinan dan yakin kepada pimpinan dan kebijaksanaan beliau.

“Itu telah menjadi sejarah. Apa yang penting, umum ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dengan 1Bestarinet dan KPM.

Maszlee turut mempertahankan keputusannya untuk menamatkan perkhidmatan 1BestariNet pada 30 Jun 2019 kerana mendakwa ia tidak mencapai objektif pelaburan kerajaan.

Jelasnya, ia hasil dapatan yang telah dibentangkan kepada pihak KPM dan seterusnya telah dikemukakan kepada PM pada tahun 2019.

“Jawatankuasa Semakan KPM hanya memperakukan RM52.8 juta daripada RM62.6 pada Jun 2019 atas sebab YTL tidak mematuhi Perjanjian Tahap Perkhidmatan, manakala Kajian Impak oleh Universiti Awam mendapati kualiti capaian internet tidak memuaskan berdasarkan aduan yang diterima dari majoriti pemegang taruh yang terlibat.

“Program e-Pembelajaran yang berjumlah RM1.13 bilion tidak mencapai objektif yang ditetapkan, di mana perkhidmatan 1BestariNet tidak mencapai KPI penggunaan produk Frog VLE.

“Peratus guru yang membangunkan laman pembelajaran hanya 3,317 (0.8 peratus) daripada 423,566 guru. Lebih malang lagi, laman Frog VLE yang boleh dikongsikan ke seluruh Malaysia hanya 46,152 selama 8 tahun iaitu 0.12 laman bagi setiap guru pada setiap tahun, di mana anggaran RM24,000 untuk satu laman,” jelasnya.

Maszlee menegaskan, keputusan KPM adalah keputusan profesional berteraskan fakta, hujah dan perundangan.

“Saya yakin dengan bayaran yang terlalu ‘mahal’ yang akan dihadapi dengan prinsip dan keputusan ini. Ia adalah tribulasi kecil di atas pengorbanan semenjak hari pertama lagi saya membuat keputusan untuk terlibat dengan politik.

“Apakah keputusan ini yang menyebabkan saya diminta meninggalkan kedudukan saya di Kementerian Pendidikan Malaysia? Wallahua’lam,” katanya.

https://www.facebook.com/share/p/fbGmr6ymjbiDoSqK/?mibextid=WC7FNe

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras