Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

  • News
  • September 10, 2024

KUALA LUMPUR: Syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Bhd didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjual kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan (KKM), tahun lalu.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Din menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat berkenaan yang diwakili Raja Azlan Raja Ismail, 40, dan Roslizan Mohd Zin, 50, selepas mereka mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua individu itu selaku Orang Kena Saman (OKS) membayar denda masing-masing RM10,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, OKS didakwa menjual 209 kotak dan 23 set ubat gigi pelbagai perisa yang bukan kosmetik bernotifikasi di pasar raya itu di Taman Danau Kota dan Kompleks Sinar Kota di sini pada 11 pagi, 18 Julai 2023.

Pertuduhan mengikut Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan kali pertama dan maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Siti Nur Sarahidah Jayatan manakala kedua-dua OKS tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028