Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) yang kini dinamakan sebagai AirBorneo.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata sejajar kedudukannya yang beroperasi sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (FSC), AirBorneo secara ketara dapat meningkatkan pengalaman penumpang menerusi perkhidmatan dalam pesawat yang superior.

“AirBorneo bakal mewujudkan keseimbangan antara kesalinghubungan, tambang berpatutan serta manfaat ekonomi,” katanya, menurut Bernama.

Beliau menyifatkan kerajaan Sarawak telaah membuat keputusan pelaburan yang berani dalam pengambilalihan MASwings dan sejajar dengan komitmen untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri itu.

“Menerusi tindakan strategik ini, kita meletakkan Sarawak untuk menjadi hab penerbangan bagi Borneo dan gerbang ASEAN, membuka laluan kepada peluang baharu selain memupuk kesalinghubungan dan akses lebih baik ke destinasi tempatan dan antarabangsa yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dan perniagaan setempat,” katanya.

Abang Johari turut memberi jaminan AirBorneo akan mengekalkan tumpuan terhadap perkhidmatan udara luar bandar sebelum mengembangkan lagi operasi di masa depan.

“Perkhidmatan udara luar bandar dengan memberi subsidi kepada laluan kurang menguntungkan, akan memastikan kawasan terpencil ini dapat dihubungkan ke seluruh dunia,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada syarikat induk MAG iaitu Khazanah Nasional selain MAG dan Kementerian Pengangkutan di atas kerjasama erat dan sokongan padu sepanjang proses pengambilalihan MASwings.

“Kerjasama ini tidak berakhir di sini kerana dijangkakan lebih banyak usaha sama dalam masa terdekat,” katanya.

Coelho

Related Posts

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

KUALA LUMPUR, 27 September — Sapura Resources Bhd kembali mencatat keuntungan pada suku kedua berakhir 31 Julai 2026 apabila memperoleh untung bersih RM1.82 juta, berbanding kerugian bersih RM4.81 juta dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat