Kes Revenue Group bersambung Mac 2024

KUALA LUMPUR: Mahkamah Seksyen hari ini menetapkan 11 Mac 2024 sebagai tarikh
pendengaran semula kes membabitkan dua bekas pengarah bersama Revenue Group Bhd berhubung dakwaan pelupusan aset milik syarikat itu tanpa resolusi daripada lembaga pengarahnya lima tahun lalu. 

Hakim, Rozana Ayob menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Low Chin How pada prosiding pengurusan kes.

Ketika pengurusan kes, hakim turut meminta Timbalan Pendakwa Raya untuk memperbetulkan sebahagian dokumen berhubung dakwaan itu.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya turut bercadang untuk memanggil Eddie Ng Chee Siong and Ng Kuan Horng sebagai saksi utama di dalam kes tersebut.

Kedua-dua tertuduh yang juga dua beradik, Brian Ng Shih Chiow, 50 dan Dino Ng Shih Fang, 47 hadir ke mahkamah pagi tadi.

Sebelum ini, dua bekas pengasas bersama Revenue Group Bhd mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan penipuan pelupusan aset milik syarikat itu tanpa resolusi daripada lembaga pegarahnya lima tahun lalu. 

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan curangnya menyebabkan pegawai CIMB Bank Berhad, Lee Pei Yee, melupuskan suatu harta iaitu sebuah Toyota Vellfire milik syarikat itu tanpa resolusi ahli lembaga pengarah syarikat dengan mendaftarkan kereta tersebut atas nama Dino. 

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lot 14264, Jalan Genting Kelang, Setapak, pada 3 Oktober 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura