Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dibuat sebelum Aidiladha

  • News
  • June 13, 2023

KUALA LUMPUR: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan disalurkan kepada individu yang layak sebelum hari raya Aidiladha, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, peruntukan membabitkan lebih RM2 bilion itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300.

“Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 juga akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha, Insya-Allah,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan serta tatakelola undang-undang atau peraturan bagi mengekang ketirisan wang awam, selain meminta Perdana Menteri menyatakan juga pelaporan perbelanjaan dan pemantauan belanjawan negara.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan kerajaan sudah membelanjakan RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan peruntukan dalam Belanjawan 2023 setakat bulan lalu, bagi tujuan meringankan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, ia juga kapasiti perbelanjaan terbaik direkodkan bagi tempoh suku pertama berbanding tempoh sama pada tahun-tahun sebelum ini.

“Perbelanjaan itu antara lain termasuklah RM3 bilion bagi bayaran STR fasa pertama dan kedua kepada 8.7 juta penerima, selain RM2.6 bilion bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.

“Ia juga merangkumi lebih RM3 bilion perbelanjaan subsidi elektrik kepada 9.7 juta pengguna, lebih RM11 bilion subsidi petrol RON95, diesel dan gas cecair memasak, serta lebih RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan kepada lebih lima juta murid,” katanya.

Berhubung pembaharuan diperkenalkan, Anwar memaklumkan arahan baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan termasuklah memastikan perolehan dijalankan secara telus dan terbuka serta menghentikan rundingan terus yang menguntungkan parti politik dan peribadi.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    • July 13, 2026
    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    • July 12, 2026
    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    • July 12, 2026
    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    • July 10, 2026
    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    • July 10, 2026
    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    • July 9, 2026
    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras