CEO GIIB Holding lapor polis diugut dengan pistol, ditampar Dato’ Sri Lim Kok Han

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat GIIB Holdings Berhad mendakwa diugut dengan pistol selain ditampar seorang ahli perniagaan Dato’ Sri Andy Lim Kok Han yang dikatakan ada kaitan dengan ‘mafia korporat’, minggu lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika Tai Booi Wee  bertemu Dato’ Sri Lim Kok Han dan Chong Long Men di sebuah bar di Solaris Dutamas di sini, 6 Jun lalu dan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Sepertimana laporan polis yang tular, Tai Booi Wee mendakwa diugut dengan pistol kerana menolak desakan dibuat suspek untuk melantik dia dan rakannya sebagai pengarah baharu dalam syarikat mangsa.

Lim Kok Han yang juga pemegang saham GIIB Holdings Berhad didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar dipakainya sambil mengugut mahu menembak mangsa.

“Dalam pertemuan kedua pula, mangsa dan suspek sekali lagi bertemu dan suspek bertanya mengapa isu pelantikannya sebagai pengarah belum lagi selesai.

“Suspek kemudian mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil antara mereka sebelum dileraikan seorang rakan,” menurut laporan polis

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berasa keselamatannya terancam, membuat dua laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata siasatan berkaitan kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah.

Beliau berkata, proses siasatan kes kini diperingkat akhir dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

  • Infante

    Related Posts

    Syed Mokhtar Albukhary kini pemegang saham utama EcoWorld

    Kemunculan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sebagai pemegang saham utama baharu dalam Eco World Development Group Berhad dilihat sebagai antara perkembangan korporat paling signifikan dalam sektor hartanah tempatan tahun ini.…

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    • June 8, 2026
    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    • June 3, 2026
    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    • June 3, 2026
    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    • June 3, 2026
    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    • May 29, 2026
    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

    • May 29, 2026
    MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta