JIM Sabah hantar pulang 4,730 pendatang haram ke negara asal – Hajiji

  • News
  • August 22, 2023

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melaksanakan penghantaran pulang 4,730 pendatang haram ke negara asal mereka antara 1 Jan hingga 20 Julai tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata setakat 27 Julai lepas terdapat seramai 3,839 tahanan warga asing masih berada di empat Depot Imigresen di seluruh Sabah.

“Penghantaran itu adalah melalui udara, darat dan laut,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik Dr Aliakbar Gulasan yang ingin tahu jumlah pendatang haram di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Hajiji berkata daripada jumlah yang masih ditahan di Depot Imigresen itu, seramai 3,115 orang merupakan warganegara Filipina, Indonesia (700), Pakistan (6), Vietnam (5), India (2), Thailand (1) dan 10 orang tidak mempunyai kewarganegaraan.

Katanya jumlah warga asing yang melalui pintu masuk yang diwartakan di Sabah sama ada melalui udara, laut dan darat untuk enam bulan pertama tahun ini ialah 288,286 orang melalui laluan antarabangsa dan lebih 1.95 juta melalui laluan domestik.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 394 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025