33 peratus saham Boustead Plantations dijual bagi selesaikan hutang

KUALA LUMPUR: Pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (Boustead) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) tidak membabitkan penjualan Boustead Plantations Bhd (BPlant) secara keseluruhan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu membabitkan jualan saham hanya sebanyak 33 peratus, dengan LTAT dan Boustead masih berpeluang menjadi antara pemegang saham utama BPlant selepas transaksi itu.

Beliau berkata, dari perspektif LTAT, penjualan sebahagian saham itu perlu dilaksanakan dengan segera bertujuan membolehkan penyelesaian masalah aliran tunai dan hutang Boustead sebelum tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

“Ini adalah mustahak bagi mengelakkan Boustead daripada menjadi muflis sekiranya hutang tidak dilangsaikan pada masa yang ditetapkan.

“Kerjasama strategik ini juga berpotensi mewujudkan penambahan nilai yang tinggi kepada LTAT dan Boustead kerana mereka diberikan hak keutamaan untuk membangunkan dua ladang seluas 1,800 ekar (720 hektar) dengan nilai pembangunan kasar (NPK) lebih kurang RM8 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, pada Isnin, Bernama melaporkan.

Selain itu, beliau berkata meskipun BPlant mencatatkan keuntungan, namun keuntungan yang diperolehi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dijana oleh penjualan ladang dan peningkatan luar biasa harga kelapa sawit mentah.

Mohamad berkata oleh yang demikian, BPlant memerlukan sumber dan kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk memulakan penanaman semula.

Penanaman semula itu perlu dijalankan berikutan hampir 49 peratus pokok kelapa sawit BPlant berusia lebih 20 tahun dan mencatatkan hasil tandan buah segar (FFB) yang terendah iaitu 13.3 tan bagi setiap hektar berbanding syarikat sawit lain.

Mengenai isu kebajikan anggota tentera, Mohamad berkata sebanyak 4,752 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) melibatkan 12 projek perumahan telah disiapkan serta diduduki sejak 2018 dengan anggaran kos melebihi RM1 bilion.

Selain itu, 11 projek RKAT sedang dalam pembinaan membabitkan 3,307 unit dengan anggaran kos berjumlah RM1.5 bilion, serta dua projek lagi masih di peringkat pemerolehan dengan membabitkan pembinaan 759 unit rumah, katanya.

Beliau berkata, kementerian merancang untuk membina 12,733 unit RKAT dari 2023 hingga 2030, dengan pelaksanaannya bergantung kepada keupayaan kewangan semasa kerajaan. – DagangNews.com

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras