Hanya pemegang ID khas layak beli minyak masak bersubsidi

KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang mempunyai ID atau pengenalan diri dan disahkan layak sahaja boleh dapatkan minyak masak paket bersubsidi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, berkata ia bagi memastikan barangan bersubsidi hanya dibeli oleh golongan yang layak sahaja.

“Sekarang ini miyak paket berada di pasaran terbuka. Kita mahu sasarkan kepada yang memerlukan.. supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya.

“Pada ketika ini kerajaan keluarkan 60 juta paket minyak masak bersubsidi setiap bulan.

“Akan tetapi aduan di terima ialah ia tidak boleh di dapati di pasaran. Ia selalu habis,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menjawab kepada komen pengikutnya mengapa tidak menggunakan IC atau MySejahtera, Fuziah berkata kerajaan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dalam penentuan pemberian subsidi kerana aplikasi itu tidak boleh membezakan pengelasan isi rumah.

“Keperluan keluarga tak sama dengan keperluan peniaga kecil. Dan juga golongan T20 tak layak terima subsidi minyak masak peket. Maka MySejahtera tak boleh digunakan sebab tak tahu dia T20 atau tak,” katanya.

Julai lalu, Fuziah menyatakan kerajaan akan melaksanakan kaedah pembelian minyak masak paket kepada kumpulan sasar mulai tahun depan dan seramai 5.8 juta isi rumah daripada golongan M40 dan B40 sudah dikenal pasti dan layak berada dalam kumpulan itu.

Beliau berkata, kementerian juga akan menambah kira-kira satu juta pengguna dalam kalangan usahawan mikro seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit