Bursa Malaysia meningkat bersama prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang positif pada Jumaat lalu, dirangsang data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.31 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.29 mata kepada 1,420.17 daripada penutupan Jumaat lalu pada paras 1,416.88.

Indeks utama meningkat 0.18 mata untuk dibuka pada 1,417.06.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 266 berbalas 209, manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,508 tidak diniagakan dan lapan digantung.’

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, untuk bulan September, data pekerjaan AS menambah kepada 336,000, mengatasi jangkaan 170,000 dan sekali gus mengekalkan kadar pengangguran pada 3.8 peratus.

“Bagaimanapun, keadaan masih tidak jelas sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS akan melaraskan kadar faedah kerana ramai menjangkakan ia akan mengekalkannya (tiada perubahan),” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau berkata walaupun FBM KLCI ditutup dalam zon positif Jumaat lalu, peniaga masih dalam sentimen berhati-hati.

“Namun begitu, kami percaya kenyataan Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara mungkin diumumkan tidak lama lagi boleh merangsang minat belian dan menyokong bursa tempatan.

“Justeru, indeks utama dijangka berlegar antara julat 1,415 hingga 1,425 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat satu sen kepada RM8.78, RM4.04 dan RM7.11, CIMB menokok tiga sen kepada RM5.45, manakala Tenaga Nasional susut tujuh sen kepada RM9.95.

Bagi saham aktif, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 5.5 sen, Widad Group dan Sarawak Consolidated masing-masing susut setengah sen untuk mencatatkan harga 53 sen dan 49.5 sen, manakala Tanco dan Kinergy Advancement tidak berubah pada 55.5 sen dan 33.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 24.47 mata kepada 10,528.31, Indeks FBMT 100 menambah 24.12 mata menjadi 10,193.76 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 19.82 mata kepada 10,813.91.

Indeks FBM ACE turut meraih 3.87 mata kepada 5,154.38 dan Indeks FBM 70 meningkat 35.40 mata kepada 14,027.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.46 mata kepada 15,905.05, Indeks Tenaga menambah 16.88 mata kepada 866.82, dan Indeks Perladangan mengukuh 25.22 mata kepada 6,862.42.

Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.04 mata kepada 170.78. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis