Mini Estet padi bantu tingkatkan pengeluaran padi di Sabah – LPP

  • News
  • October 13, 2023

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang melaksanakan dua projek estet padi mini Sabah dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi dan pendapatan pesawah di negeri itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP, Amir Matamin, berkata dua estet mini seluas 150 hektar itu masing-masing dilaksanakan di Beluran dan Pitas.

Katanya, LPP menyalurkan peruntukan untuk projek itu pada 2021 dan 2022, bertujuan membantu pesawah terlibat melaksanakan penanaman padi secara tersusun.

“Kedua-duanya masih dilaksanakan dan kita memantaunya. Mudah-mudahan dengan peruntukan ini akan berlaku peningkatan hasil padi dan pendapatan petani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain mini estet padi, Amir berkata LPP juga terlibat dalam penyediaan kemudahan jentera dan mekanisasi bagi membantu pesawah dari segi penggunaan jentera untuk penghasilan lebih besar.

Katanya bagi tahun ini, LPP Sabah menerima 23 jentuai dan traktor baharu untuk meningkatkan lagi penanaman padi di Sabah.

“Sebab itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kita memang fokus untuk mekanisasi dan automasi untuk membantu peladang dari segi kemudahan jentera.

“Bagaimanapun di Sabah, kita masih berdepan dengan masalah saliran. Tetapi secara umumnya, melalui dua program ini, kita akan cuba meningkatkan hasil padi di negeri ini,” katanya.

Amir berkata pengagihan peruntukan kepada setiap negeri bergantung kepada permohonan projek yang dikemukakan kepada LPP, dan Sabah menerima peruntukan antara enam hingga tujuh peratus daripada keseluruhan peruntukan yang diagihkan kerajaan kepada LPP di seluruh negara setiap tahun.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 349 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo