Kumpulan Cradle Fund lantik Norman Matthieu Vanhaecke sebagai CEO baharu

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), agensi fokal ekosistem syarikat permulaan Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengumumkan pelantikan Norman Matthieu Vanhaecke sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuatkuasa 23 November 2023.

Pengerusi Cradle, Datuk Yvonne Chia menyokong pelantikan tersebut, berkata Lembaga Pengarah Cradle mengutamakan kenaikan pangkat secara dalaman kerana ia mencerminkan kepakaran bakat Cradle.

“Sejak 18 bulan lalu, Norman telah membuktikan kepimpinan beliau sebagai Pemangku CEO Kumpulan yang dilihat telah memberi impak yang ketara kepada Cradle. Dengan latar belakang serta rekod pencapaian yang memberangsangkan, saya yakin Cradle akan terus menerajui agenda startup negara dan terus memberi impak positif kepada masyarakat, individu dan perniagaan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” kata Yvonne.

Norman dilahirkan daripada keturunan Melayu dan Belgium, telah menjawat jawatan sebagai Pemangku CEO Kumpulan Cradle sejak 1 Jun 2022.

Sebelum menyertai Cradle pada tahun 2020 dan menyandang jawatan sebagai Ketua Kewangan dan Perkhidmatan Korporat, beliau telah berkhidmat sebagai juruaudit di KPMG serta memegang pelbagai jawatan utama di bahagian Strategi, Kewangan dan Pengurusan bagi syarikat petroleum tempatan, serta syarikat multinasional dan agensi kerajaan.

Beliau memiliki ijazah dalam bidang Perakaunan daripada University of Queensland, Australia, dan ijazah dalam Kejuruteraan Perisian daripada Universiti Multimedia, Malaysia.

Cradle merakamkan setinggi penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan MOSTI sejak penubuhan agensi ini.

Kerjasama erat di antara Cradle dan kedua-dua kementerian ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem startup yang inklusif, berkesan dan mampan, sejajar dengan sasaran Kerajaan untuk meletakkan Malaysia dalam 20 Ekosistem Startup Global Terbaik menjelang 2030.

Komitmen teguh MOF dan MOSTI telah memacu pertumbuhan startup dan menyumbang kepada landskap ekonomi yang menyeluruh.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025