ECRL: Nilai kontrak syarikat tempatan cecah RM12.99 bilion, atasi sasaran RM10.8 bilion

  • News
  • December 11, 2023

KUANTAN: Nilai kontrak pembabitan syarikat tempatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencecah RM12.99 bilion, mengatasi sasaran RM10.8 bilion yang ditetapkan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengenai pembabitan syarikat Bumiputera, sebanyak RM2.59 bilion atau 74% daripada sasaran RM3.5 bilion bagi kerja sivil ECRL diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal Bumiputera.

Beliau berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang juga kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL, akan mengerah tenaga bagi memastikan pembabitan syarikat Bumiputera terus meningkat.

“Antara inisiatif yang sedang diambil adalah kerjasama dengan pihak kerajaan negeri yang terbabit bagi meneliti syarikat kontraktor Bumiputera dari kategori G1 dan G2, seterusnya membuka peluang kepada mereka untuk bersama membangunkan Projek ECRL di dalam skop kerja yang bersesuaian.

“Pihak MRL dan CCCC sedang dalam proses menyenarai pendek syarikat berkenaan bagi tujuan tersebut,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis itu, yang turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujin, Pengerusi MRL, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi CCCC, Wang Tongzhou dan Menteri Besar dari tiga negeri Pantai Timur yang menjadi jajaran keretapi itu.

Selain itu, Loke berkata, sebanyak 2,800 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal terbabit dalam pelaksanaan ECRL, bermula dari 2017 hingga Oktober lalu.

ECRL yang sepanjang 665 kilometer (km) merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dirasmikan pada 9 Ogos 2017, dan dijadualkan beroperasi pada 2027 membabitkan keretapi penumpang pada kelajuan 160km/j dan keretapi kargo dengan kelajuan 80km/j.

Loke berkata, Kementerian Pengangkutan juga mengesyorkan syarikat usaha sama 50:50 antara MRL dan CCCC bagi menjayakan pengoperasian ECRL dapat ditubuhkan pada 2024, yang membuktikan keyakinan kedua pihak atas prospek keuntungan operasi ECRL, sekali gus menjamin kualiti serta kelestarian perkhidmatan.

Usaha sama itu, katanya, juga bakal menyediakan bantuan teknikal dan memperhebatkan pemindahan teknologi kereta api serta dalam aspek pengendalian dan penyelenggaraan ECRL untuk jangka masa panjang.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras