PKNS sasar 10 usahawan tempatan tembusi pasaran antarabangsa tahun 2023

JAKARTA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan menyasarkan sekurang-kurangnya 10 usahawan untuk berjaya menembusi pasaran antarabangsa tahun ini.

Bagi mencapai tujuan itu, usahawan bimbingan PKNS akan dijemput menyertai beberapa ekspo luar negara seperti Salon International de l’alimentation (SIAL) Canada yang akan berlangsung pada Mei depan.

SIAL Canada merupakan pameran terbesar industri makanan di Kanada.

“Tahun ini kami berhasrat melahirkan usahawan yang berdaya saing melalui penyertaan di expo dan pameran antarabangsa,” kata Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof.

PKNS telah menambah nilai tambah kepada program yang dilaksanakan sejak 2022 dengan menyediakan platform bagi membantu usahawan mengembangkan sayap perniagaan di luar negara.

Sejak 1995, pihaknya telah melaksanakan 20 program keusahawanan yang memfokuskan pembangunan usahawan khususnya di Selangor.

Terbaharu, 12 syarikat yang beroperasi di Selangor melibatkan 22 produk menyertai pameran Info Franchise and Business Concept (IFBC) 2023 untuk mengintai peluang perniagaan di pasaran Indonesia.

Pameran tiga hari berakhir 12 Mac di ICE BSD Tangerang, Banten disertai pengusaha kafe berjenama Qidot Cafe dan penyedia lauk segera berasaskan tempoyak jenama Mak Uda – “Patin Temerloh”.

Menurut Yuzawati program julung kali melibatkan sesi padanan perniagaan (B2B) di IFBC berjaya meningkatkan pengetahuan pasaran dan kerjasama usahawan di kedua negara.

Program di IFBC mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Jakarta, dan Malaysia Chambers Jakarta (MCJ) yang memupuk jaringan perniagaan antara Malaysia dan Indonesia.

“Kami sentiasa menyokong program ini dan akan cuba membantu usahawan meneroka potensi pasaran di sini,” kata Presiden MCJ, Raja Elona Safinaz Raja Safian.

Goncalves

Related Posts

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

KUALA LUMPUR: Farm Fresh Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat berakhir 31 Mac 2025 (4QFY25) berbanding RM23.9 juta pada suku sama tahun sebelumnya didorong…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025