Bank Muamalat tawar pembiayaan peribadi patuh syariah kepada ahli KWSP

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini menawarkan pembiayaan peribadi patuh Syariah, Cash-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkelayakan bermula 16 Mac 2024.

Tawaran itu dibuat bagi menyahut seruan kerajaan untuk memabntu golongan terkesan keluar dari beban kewangan.

Pada kadar keuntungan pengenalan menarik dalam pasaran iaitu 4.75% kadar tetap tahunan, pembiayaan peribadi Cash-i FSA2 dibuka kepada semua pencarum KWSP.

Pemohon yang berkelayakan adalah berumur antara 40 hingga 53 tahun dengan pendapatan kasar minimum sebanyak RM2,000 dan baki minimum sebanyak RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.

Pemohon yang layak boleh mendapat akses pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000 bergantung kepada baki Akaun 2 KWSP mereka dengan tempoh bayaran maksimum 10 tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya cakna dengan keadaan ekonomi isi rumah yang tidak menentu dan bersedia membantu mengurangkan beban mereka untuk membina Kehidupan Lebih Baik, Bersama.

“Dengan meningkatkan keupayaan dan akses kewangan melalui penyediaan perkhidmatan yang berkesan, Bank Muamalat bukan sahaja membantu masyarakat mendapatkan pembiayaan, tetapi turut merancakkan pasaran yang akan memenuhi permintaan isi rumah.

“Bank Muamalat bersedia untuk meluaskan perkhidmatan dan produk kewangan bagi memenuhi keperluan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan yang pelbagai dan khusus,” katanya.

Khairul berkata bagi memastikan kepuasan perkhidmatan pelanggan dan mengurangkan tempoh proses kelulusan, permohonan untuk pembiayaan peribadi ini boleh dibuat melalui platform dalam talian mesra pengguna, Muamalat Application Platform (MAP).

Untuk maklumat lanjut mengenai, Cash-i FSA2 sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500 untuk maklumat lanjut.

Coelho

Related Posts

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

KUALA LUMPUR: Hextar Technologies Solutions Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Widad Group Berhad dengan pegangan sebanyak 23.03 peratus, berikutan perjanjian penjualan tanah di Nilai, Negeri Sembilan. Di bawah…

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis