Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

  • News
  • March 13, 2025

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan insentif kerajaan adalah RM114.8 juta yang membabitkan 529,667 ahli daripada jumlah itu.

“Ini adalah peningkatan ketara berbanding jumlah insentif kerajaan sebanyak RM54.7 juta kepada 383,082 ahli pada 2023 dan RM33.2 juta kepada 291,743 ahli pada 2022.

“Jumlah caruman diterima untuk i-Saraan bagi 2023 adalah RM1.44 bilion berbanding RM888 juta pada 2022,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Hasbie Muda mengenai jumlah peruntukan dibelanjakan bagi program i-Saraan dan i-Suri di bawah KWSP.

Amir Hamzah menjelaskan, kerajaan menambah baik program i-Saraan dengan menaikkan insentif padanan daripada 15 peratus kepada 20 peratus, tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup RM5,000 bagi setiap individu di bawah Belanjawan 2025.

Katanya, kelayakan insentif adalah bagi umur di bawah 60 tahun.

Dalam pada itu, Amir Hamzah memaklumkan seramai 75,196 ahli telah menerima insentif kerajaan berjumlah RM11.4 juta di bawah skim program i-Suri KWSP.

“Bilangan penerima insentif ini meningkat 77 peratus berbanding 42,759 ahli pada 2023.

“Kadar insentif bagi i-Suri pada 2024 ialah caruman padanan 50 peratus bagi setiap ringgit yang dicarum ke dalam KWSP dengan insentif maksimum sebanyak RM300 setahun.

“Insentif ini tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup bagi setiap individu (di bawah umur 55 tahun),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah turut memaklumkan jumlah pencarum yang mempunyai simpanan asas meningkat tujuh peratus pada 2024 kepada 37.3 peratus atau 2.75 juta ahli. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 353 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo