Ringgit mengukuh kepada RM4.40 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit mengukuh pagi ini dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika SAS pada urus niaga Selasa selepas data indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan ISM AS yang dikeluarkan adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu 46.3 mata untuk Mac, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4030/4075 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.4175/4195.

Terdahulu, data ISM AS dijangka rendah sedikit pada 47.5 mata untuk bulan Mac berdasarkan anggaran konsensus berbanding 47.7 mata pada bulan Februari.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pesanan baharu dan indeks pekerjaan juga turun, masing-masing kepada 44.3 (Februari: 47.0) dan 46.9 (Februari: 49.1) pada Mac.

“Ini menunjukkan sentimen perniagaan lebih lemah untuk bulan kelima berturut-turut.

“Situasi sebegitu mungkin boleh mendorong Rizab Persekutuan AS menukar pendirian mereka selepas kenaikan 475 mata asas dalam kadar dana Persekutuan,” katanya kepada Bernama.

Justeru, indeks dolar AS (DXY) susut 0.44 peratus kepada 102.059 mata.

“Ini bermakna ringgit boleh meningkat berbanding dolar AS seperti mata wang lain.

“Dolar AS dianggarkan dalam julat antara RM4.40 dan RM4.41 hari ini,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4637/4693 daripada 5.4552/4576 pada penutup Isnin, merosot sedikit berbanding euro menjadi 4.7988/8037 daripada 4.7930/7952 dan susut berbanding yen Jepun pada 3.3210/3247 berbanding 3.3127/3145 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN pula, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3173/3212 daripada 3.3182/3199 pada penutup Isnin, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.06/8.08 daripada 8.07/8.07 dan tinggi berbanding rupiah Indonesian kepada 294.00/294.50 daripada 295.00/295.30 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai baht Thai kepada 12.8607/8799 daripada 12.8419/8537 pada penutup Isnin.

  • Coelho

    Related Posts

    BMS Holdings Terima Kelulusan Penyenaraian ACE, IPO Sasar 33.77% Modal Diperbesarkan

    KUALA LUMPUR: BMS Holdings Bhd telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE pada suku keempat 2025. Dalam kenyataannya hari ini, peruncit dan pengedar jubin,…

    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    • October 27, 2025
    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    • October 27, 2025
    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    • October 7, 2025
    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

    • October 3, 2025
    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah