Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lalu dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta selepas mencatat aliran keluar bersih dana asing selama empat minggu berturut-turut, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Dalam Laporan Aliran Dana mingguan bagi minggu berakhir 31 Mac 2023, cabang penyelidikan bank pelaburan itu, MIDF Research berkata tempoh berkenaan dimulakan pada Isnin dengan aliran keluar bersih dana asing berjumlah RM80.1 juta.

Bagaimanapun, sentimen kembali meningkat pada Selasa dan tempoh berikutnya selepas data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) menguncup 0.8 peratus tahun ke tahun pada Februari 2023 berbanding pertumbuhan 1.3 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023.

“Penguncupan itu disebabkan oleh kesan asas dan harga komoditi utama yang lebih rendah. Selain itu, kebimbangan mengenai kesan kemelut perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah juga semakin mereda dan mendorong sentimen yang lebih baik,” katanya.

MIDF berkata, Jumaat lalu menyaksikan jumlah aliran masuk asing bersih tertinggi sebanyak RM59.6 juta manakala belian bersih terendah pada Selasa iaitu RM1 juta.

Menurutnya, setakat tahun ini, pelabur asing telah melepaskan pegangan ekuiti bernilai RM1.87 bilion.

Dalam pada itu, tiga sektor teratas yang menjadi tumpuan aliran masuk bersih dana asing pada minggu lalu adalah perkhidmatan kewangan (RM51.5 juta); teknologi (RM22.6 juta) dan penjagaan kesihatan (RM16.8 juta) manakala tiga sektor dengan aliran keluar bersih asing adalah utiliti (RM54.3 juta), REIT (RM15.6 juta) dan tenaga (RM13.3 juta).

Selain itu, pelabur institusi tempatan berperanan sebagai penjual bersih pada minggu lalu iaitu sebanyak RM3.9 juta.

“Tempoh itu menjadi minggu dagangan yang bercampur-campur bagi institusi tempatan dengan aliran masuk pada Isnin berjumlah RM39.2 juta dan Rabu sebanyak RM29.6 juta manakala tempoh berbaki pada minggu itu menyaksikan aliran keluar.

“Jumaat lalu mencatat aliran keluar bersih tertinggi bagi minggu itu iaitu RM37.3 juta,” katanya.

Setakat tahun ini, institusi tempatan telah membuat belian bersih ekuiti bernilai RM1.77 bilion.

MIDF berkata, peruncit tempatan pula telah menjual ekuiti bernilai RM7.6 juta pada minggu berkenaan.

Minggu itu dimulakan secara kukuh dengan aliran masuk dana berjumlah RM41 juta pada Isnin dan seterusnya Selasa pada RM12.8 juta manakala tempoh berbaki minggu terbabit menyaksikan aliran keluar dana oleh peruncit.

Aliran keluar tertinggi dicatatkan pada Rabu iaitu RM34.6 juta.

Kelompok peruncit tempatan adalah pembeli bersih ekuiti setakat ini dengan nilai RM91.9 juta.

Memperincikan aspek penyertaan, MIDF berkata nilai purata dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan turun sebanyak 12.5 peratus manakala institusi tempatan 13.9 peratus dan pelabur asing sebanyak 12.3 peratus.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • January 13, 2025
    • 59 views
    Bursa Malaysia dibuka jatuh bawah 1,600 mata

    KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed)…

    • Pasaran
    • January 13, 2025
    • 48 views
    Dolar AS mengukuh, ringgit dibuka rendah

    KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Nestle dan Berjaya Food bakal peroleh manfaat daripada gencatan senjata di Gaza

    • January 17, 2025
    Nestle dan Berjaya Food bakal peroleh manfaat daripada gencatan senjata di Gaza

    Datuk Ismail Yusop Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JKOM Yang Baharu

    • January 17, 2025
    Datuk Ismail Yusop Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JKOM Yang Baharu

    Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

    • January 16, 2025
    Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

    YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

    • January 16, 2025
    YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

    ‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

    • January 14, 2025
    ‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

    Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

    • January 14, 2025
    Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting