Penangan Maryam Duriankimchi, 300,000 helai tudung jenama Leeyanarahman terjual dalam masa sejam

Sejumlah 300,000 helai tudung jenama Leeyanarahman Scarves menampilkan wajah wakilan pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi habis licin terjual dalam tempoh kurang sejam kelmarin lalu.

Koleksi tudung harga mampu milik RM29, kualiti ‘kayangan’ diberi nama Wanita Dambaan Syurga yang dihadirkan dengan 20 pilihan rekaan itu dilancarkan secara rasmi hari ini.

Menurut Pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, sambutan diterima kali ini adalah luar jangkaan.

“Ini asbab serta rezeki yang baik buat kami dan tentunya untuk Maryam sendiri sebagai mualaf yang sudah mula menutup aurat awal tahun ini. Perkara baik seperti dilakukan Maryam, insya-Allah moga baik-baik saja laluannya.

“Kita belum lancar, tapi 300,000 helai tudung dicetak habis terjual. Hebat penangan Maryam.

“Maryam sebenarnya mewakili koleksi tudung kami untuk edisi ketiga. Edisi pertama dan kedua dulu masing-masing menampilkan Ummi Nazeera dan Hannah Delisha. Tema kali ini, Wanita Dambaan Syurga juga bagai kena dengan perjalanan hidup baharu Maryam terutamanya keinginan hati kecil dia nak berhijrah menjadi wanita mualaf yang lebih baik,” kata Nur Liyana.

Isteri kepada Muhammad Hafiz Abd Hamid itu berkata koleksi tudung dikeluarkan itu boleh dianggap sebagai pra sebelum sambutan Ramadan.

“Koleksi Wanita Dambaan Syurga bukan keluaran raya Aidilfitri sebenarnya. Tapi umum tahu, setiap dua bulan kita akan keluarkan koleksi baharu.

“Rekod kejayaan ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada lebih 10,000 ejen dan stokis kami di seluruh Malaysia menjana pendapatan.

“Nak pula dengan nak sambut Ramadan dan Aidilfitri, kami mahu terus berkongsi rezeki dengan ramai orang terutama ejen dan stokis buat duit,” kata Nur Liyana.

Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor ini sebenarnya bukan asing lagi di kalangan penggemar fesyen muslimah.

Sejak 2012 melebarkan sayap perniagaan bermodalkan RM1,500, jenama diusahakan Nur Liyana dan Hafiz ini pantas mencuri perhatian.

“Sebelum tudung kami terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah. Jualan tudung kami mula sejak Oktober 2022 dan hingga sekarang sudah 700,000 helai tudung terjual.

“Untuk jenama tudung ini kami sasarkan RM3 ke RM4 Juta untuk setiap edisi keluaran. Dalam setahun, kami sasar ada sekitar lapan keluaran koleksi tudung. Manakala untuk sasaran jualan setahun pula sekitar RM20 Juta. Klik https://linktr.ee/leeyanarahman untuk lanjutan,” kata Nur Liyana.

Sementara itu, Maryam atau nama penuhnya, Maryam You Narae tidak menyangka koleksi tudung menampilkan dirinya laris macam goreng pisang panas.

“Dalam tempoh kurang sejam terjual semua koleksi dicetak iaitu 300,000 helai tudung. SubhanaAllah, masyaAllah. Moga kebaikan dan kejayaan ini dapat dinikmati serta memberi manfaat kepada semua.

“Moga tersurat dan tersirat hikmah berharga untuk kita semua. Saya juga masih bertatih dalam fasa baharu ini. Benar orang kata bukan mudah nak istiqamah, maka saya akan terus cuba jaya.

“Semoga Allah mempermudahkan laluan ini. Terima kasih kepada Leeyanarahman di atas kesempatan terindah ini. Bekerja dengan pihak mereka pun cukup menyenangkan,” kata Maryam.

  • Infante

    Related Posts

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    KUALA LUMPUR: Farm Fresh Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat berakhir 31 Mac 2025 (4QFY25) berbanding RM23.9 juta pada suku sama tahun sebelumnya didorong…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025