Sabah rasmi peroleh 25 peratus ekuiti dalam PC FSSB

  • News
  • April 26, 2023

KOTA KINABALU: Sabah mendapat perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas menerusi pengambilalihan 25 peratus ekuiti PETRONAS Chemicals Fertilizer Sabah Sdn Bhd (PC FSSB), bermula semalam.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pemilikan ekuiti di loji ammonia dan urea terbesar Asia Tenggara itu sekali gus memberi petanda baik terhadap pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Katanya, pengambilalihan itu juga adalah hasil perancangan kerajaan negeri dalam meningkatkan pembangunan ekonomi Sabah menerusi pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

“Langkah yang diterjemahkan di bawah Hala Tuju SMJ ini adalah untuk memberi Sabah perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas. Ini petanda baik untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pengambilalihan ekuiti PC FSSB, di sini.

Semalam, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) memeterai perjanjian muktamad dengan anak syarikat kerajaan Sabah, SMJ Sdn Bhd (SMJSB) bagi pengambilalihan 25 peratus ekuiti dalam PC FSSB.

Ketua Pegawai Eksekutif SMJSB, Dr Dionysia Aloysius Kibat dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof masing-masing menandatangani perjanjian itu untuk SMJSB dan PCG.

Perjanjian itu memberi kerajaan Sabah kepentingan dalam pengeluaran ammonia dan urea berskala dunia yang beroperasi di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sipitang, kira-kira 150 kilometer di selatan ibu negeri.

Hajiji berkata, pemeteraian perjanjian akhir itu dapat dilakukan selepas Perjanjian Utama (HOA) yang ditandatangani pada 9 Januari lalu.

“Pengambilalihan terbaru ini adalah sebahagian daripada Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang ditandatangani Kerajaan Negeri dan PETRONAS pada 7 Disember 2021 untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam membangunkan industri minyak dan gas di Sabah,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

    • June 9, 2026
    Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    • June 8, 2026
    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    • June 3, 2026
    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    • June 3, 2026
    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    • June 3, 2026
    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    • May 29, 2026
    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa