Azam laksana tugas tanpa pilih puak dan parti  – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan semula Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disebabkan perkhidmatannya yang memuaskan.

Anwar berkata, Azam dilihat menjalankan tugas serta mengambil tindakan tanpa memilih puak atau parti.

Menurutnya, belum pernah dalam sejarah pejabat menteri digeledah SPRM bagi menjalankan siasatan.

“Dia dilantik oleh Perdana Menteri masa Pagoh (Muhyiddin) dan walaupun ada isu dibangkitkan dahulu, dari segi kerja saya tengok, saya bagi kelonggaran dan wewenang sepenuhnya kepada SPRM serta Peguam Negara untuk menjalankan tugas.

“Setakat saya lihat, mereka menjalankan tugas dengan memuaskan, dia (Azam) ambil tindakan tanpa memilih puak atau parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kontrak Azam yang dilanjutkan setahun.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 332 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    • May 28, 2025
    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    • May 28, 2025
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    • May 28, 2025
    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

    • May 23, 2025
    AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025