MPRC: Industri OGSE pamer pemulihan meskipun berhadapan cabaran

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia telah menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur selepas berhadapan cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, usaha masih diperlukan bagi memastikan syarikat-syarikat OGSE berada pada kedudukan untuk pertumbuhan jangka panjang, kata Malaysia Petroleum Resources Corp (MPRC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC Mohd Yazid Ja’afar berkata sungguhpun dengan jumlah industri yang lebih besar, keputusan kewangan syarikat OGSE tersenarai awam bagi tahun kewangan 2022 seperti yang dilaporkan dalam makluman kepada Bursa Malaysia Securities Bhd, turut menunjukkan pemulihan perniagaan antara sebab untuk mereka mencatatkan pendapatan yang bertambah baik.

Beliau berkata berita-berita positif yang muncul berkaitan pemberian kontrak baharu dan jangkaan untuk kadar yang lebih tinggi juga merupakan petanda baik bagi syarikat OGSE.

“(Namun begitu) peluang yang muncul dan risiko berlarutan seperti peralihan tenaga, keperluan kemampanan yang lebih ketat dan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine, boleh menjejaskan pemulihan industri OGSE pada masa hadapan,” kata Mohd Yazid dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehubungan ini, MPRC terus menggesa syarikat-syarikat OGSE untuk memanfaatkan inisiatif Pelan Hala Tuju Industri OGSE Kebangsaan 2021-2030 untuk membantu mereka mencapai kestabilan jangka panjang.

MPRC berfungsi sebagai penjaga Pelan Hala Tuju OGSE, yang direka untuk menyokong syarikat-syarikat OGSE dalam menangani isu struktur legasi industri dan membolehkan nilai tambah yang lebih tinggi untuk pertumbuhan yang mampan.

Dalam penerbitan tahunan OGSE100 kelapannya yang dikeluarkan hari ini, MPRC berkata industri OGSE tempatan kembali mencapai keuntungan pada tahun kewangan 2021, mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.2 bilion selepas merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3.7 bilion tahun sebelumnya .

Ia menyatakan 68 peratus industri OGSE melaporkan keuntungan pada tahun kewangan 2021.

Sementara itu, OGSE100, yang terdiri daripada syarikat-syarikat OGSE terkemuka di Malaysia berdasarkan hasil, menyumbang 90 peratus daripada keuntungan industri.

Untuk tahun kewangan 2021, OGSE100 melaporkan PBT sebanyak RM3.7 bilion berbanding kerugian RM3.5 bilion pada tahun kewangan 2020.

  • Coelho

    Related Posts

    Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

    Penyertaan rasmi United Kingdom dalam perjanjian perdagangan bebas CPTPP dilihat membuka lembaran baharu buat pengeksport Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk menembusi pasaran Britain. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan…

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

    • July 12, 2025
    MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

    Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

    • July 12, 2025
    Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

    Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

    • July 11, 2025
    Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

    SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham

    • July 11, 2025
    SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham