Bursa Malaysia dibuka rendah disebabkan kegiatan pengambilan untung

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini apabila aktiviti pengambilan untung ke atas saham-saham mewah muncul selepas bursa tempatan mencatatkan peningkatan semalam.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.86 mata kepada 1,417.49 daripada penutup semalam pada paras 1,420.35.

Indeks utama dibuka 2.54 mata lebih rendah pada 1,417.81.

Pergerakan harga di pasaran bagaimanapun positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 188 berbanding 104, manakala 203 kaunter tidak berubah, 1,796 tidak diniagakan dan 75 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 200.86 juta unit bernilai RM76.42 juta.

Selain itu, terdapat jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan menghentikan kenaikan kadarnya pada Mei manakala laporan pendapatan AS turut memberangsangkan.

Komposit Nasdaq melonjak 210 mata manakala hasil 10 tahun AS kekal pada 3.57 peratus.

“Seiring dengan sentimen yang semakin baik, kami berpendapat aliran meningkat yang berterusan di bursa tempatan semalam kekal dan mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,420-1,435 hari ini.

“Minat belian juga akan kembali ke kaunter perladangan apabila minyak sawit mentah ditutup pada paras tertinggi seminggu melepasi paras RM3,700 setiap tan,” kata Thong.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan AMMB turun dua sen masing-masing kepada RM9.12 dan RM3.71.

Maxis, CelcomDigi, CIMB dan Telekom Malaysia juga merosot tiga sen kepada RM4.00, RM4.25, RM5.28 dan RM4.92.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden kerugian dua sen kepada empat sen, YBS International menambah 4.5 sen kepada 74.5 sen, Tanco naik setengah sen menjadi 45.5 sen manakala Joe Holdings tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 3.59 mata kepada 10,384.43, Indeks FBMT 100 turun 6.76 mata menjadi 10,076.61 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 6.00 mata kepada 10,693.08.

Indeks FBM 70 pula mengukuh 46.99 mata pada 13,457.30 manakala Indeks FBM ACE meningkat 28.77 mata kepada 5,238.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 9.41 mata kepada 15,679.77, manakala Indeks Tenaga menokok 1.32 mata menjadi 833.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.93 mata kepada 169.70 dan Indeks Perladangan pulih 3.14 mata kepada 6,683.71.

  • Coelho

    Related Posts

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    MUNICH, 3 Jun — Syarikat tenaga solar yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara, Helios Solar AG, merancang untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Frankfurt Stock Exchange dengan jangkaan…

    Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

    KUALA LUMPUR — Sentimen pelabur asing terhadap pasaran saham tempatan dilihat kembali pulih apabila mereka kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut merekodkan aliran…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    • June 8, 2026
    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    • June 3, 2026
    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    • June 3, 2026
    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    • June 3, 2026
    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    • May 29, 2026
    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

    • May 29, 2026
    MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta