Aliran masuk asing bersih berterusan di Bursa Malaysia kepada RM69.5 juta

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan minggu ketiga berturut-turut aliran masuk asing bersih dengan peningkatan kepada RM69.5 juta pada minggu lalu, walaupun terdapat kecenderungan dagangan negatif di pasaran.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada tiga daripada lima hari dagangan.

Katanya, belian bersih RM112.2 juta pada Khamis berjaya mengimbangi jualan bersih untuk baki hari dalam seminggu.

Pelabur asing mencatat jualan bersih RM27.3 juta pada Isnin, RM8.4 juta pada Selasa dan RM23.7 juta pada Rabu.

“Khamis merupakan aliran masuk bersih terbesar, dicatatkan pada RM112.2 juta, diikuti aliran masuk bersih Jumaat sebanyak RM16.8 juta,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma itu berkata, pelabur institusi kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu itu, dengan jumlah RM3.6 juta, lebih rendah berbanding minggu sebelumnya iaitu RM50.1 juta.

“Mereka memulakan minggu itu dengan aktiviti belian bersih tetapi masing-masing merekodkan jualan bersih RM48.7 juta dan RM22.3 juta pada Khamis dan Jumaat. Setakat ini, pelabur institusi telah menjadi pembeli bersih selama 11 daripada 15 minggu, dengan jumlah terkumpul RM1.82 bilion.”

Firma itu berkata, peruncit tempatan meneruskan aliran jualan bersih mereka untuk minggu ketiga berturut-turut, berjumlah RM73.1 juta.

Walaupun pembelian bersih mereka sebanyak RM6.8 juta pada hari Rabu dan RM5.6 juta pada hari Jumaat, mereka adalah penjual bersih untuk sepanjang minggu.

“Setakat tahun ini, peruncit tempatan telah menjual bersih selama lapan daripada 15 minggu, dengan jumlah terkumpul RM50.2 juta.

“Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata jumlah dagangan harian dalam kalangan peruncit tempatan sebanyak 11.1%, institusi tempatan sebanyak 15.5% dan pelabur asing sebanyak 20.5%,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028