Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi lemah di Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman kurang menggalakkan di Wall Street di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati, kata seorang penganalisis.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.65 mata kepada 1,433.48 daripada penutupan Jumaat pada 1,435.13.

Indeks utama dibuka 0.34 mata lebih rendah pada 1,434.79.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 151 berbalas 122, manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,720 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 215.62 juta unit bernilai RM79.77 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup rendah pada urus niaga Jumaat berikutan kebimbangan akan kenaikan kadar walaupun Citigroup, Wells Fargo dan JP Morgan melaporkan keputusan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan untuk suku pertama tahun ini.

“Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 143 mata manakala Nasdaq merosot 43 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat ditutup lebih tinggi melebihi paras 3.51 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, beliau berpendapat minat belian akan terus mengalir ke saham-saham mewah, justeru, indeks diunjur berlegar dalam julat 1,435 hingga 1,445 hari ini.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.68 dan Public Bank turun satu sen menjadi RM3.98, manakala Petronas Chemicals, CIMB dan Tenaga Nasional tidak berubah, masing-masing pada RM7.40, RM5.23 dan RM9.21.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Tanco menokok setengah sen untuk mencatatkan paras 14 sen dan 48 sen, Revenue Group naik dua sen kepada 42.5 sen, Malaysia Building Society Bhd menambah 2.5 sen kepada 63 sen dan Salutica meningkat 16 sen kepada RM1.25.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 9.10 mata kepada 10,559.81, Indeks FBMT 100 kerugian 9.19 mata menjadi 10,237.57 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 7.80 mata kepada 10,935.04.

Indeks FBM ACE pula menguncup 5.98 mata pada 5,362.20 dan indeks FBM 70 susut 1.62 mata kepada 13,868.42.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 175.70, manakala Indeks Perladangan turun 8.15 mata kepada 6,842.98, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.95 mata kepada 15,728.25 dan Indek Tenaga lebih rendah 0.21 mata kepada 877.58.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    • September 30, 2026
    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    • September 27, 2026
    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    • September 26, 2026
    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat