Prestasi Bursa Malaysia bercampur-campur pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada sesi awal dagangan Jumaat susulan tindakan berhati-hati pelabur selepas Wall Street susut dalam senario sentimen yang kekal lemah akibat kebimbangan berkaitan had siling hutang Amerika Syarikat (AS) dan kestabilan industri perbankan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.72 mata kepada 1,428.90 daripada 1,428.90 pada akhir dagangan Khamis.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 146 berbanding 112 manakala 238 kaunter tidak berubah; 1,765 tidak diniagakan dan 32 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 207.34 juta unit bernilai RM90.55 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, pelabur di Wall Street kini mengalihkan minat terhadap saham-saham teknologi berikutan jangkaan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah sehingga bulan depan.

“Pada masa ini, pasaran Nasdaq lebih kukuh berbanding pergerakan Indeks Dow Jones.

“Di peringkat tempatan, pelabur berkemungkinan sudah mula meletakkan kedudukan masing-masing dalam saham-saham yang kukuh sebelum bermulanya musim pelaporan pendapatan,” katanya.

Ia turut menyifatkan sektor teknologi berkemungkinan menyaksikan pemulihan susulan momentum di Nasdaq.

Dalam pada itu, aktiviti pengambilan untung berkemungkinan dijangkakan terus berlaku dalam sektor teknologi manakala pelabur diunjur memilih kaunter emas berikutan harganya yang kukuh ketika ini.

Dari segi komoditi, firma pembrokeran itu menyifatkan miyak mentah Brent susut di bawah paras AS$75 setong manakala minyak sawit mentah (MSM) melebihi RM3,600 satu tan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM8.75; Petronas Chemicals untung enam sen kepada RM7.22; CIMB meraih dua sen kepada RM4.97 dan Tenaga Nasional melonjak 11 sen pada RM9.20 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.01.

Bagi saham aktif, Zen Tech, Vinvest and Widad mendatar pada 2.0 sen, 19.5 sen dan 42.5 sen manakala Dagang Nexchange susut 1.0 sen to 45 sen dan Salutica naik 7.5 sen kepada 95.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 12.68 mata kepada 10,443.61; Indeks FBMT 100 menokok 13.14 mata kepada 10,140.66 manakala Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 19.63 mata kepada 10,788.18.

Selain itu, Indeks FBM ACE menambah 1.19 mata kepada 5,027.39 namun Indeks FBM 70 susut 37.59 mata kepada 13,472.36.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.01 mata kepada 168.48; Indeks Tenaga berkurangan 4.53 mata kepada 827.28; Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 15.10 mata kepada 15,603.32 dan Indeks Perladangan menokok 10.43 mata kepada 6,924.74.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • January 20, 2025
    • 258 views
    Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

    • Pasaran
    • January 20, 2025
    • 222 views
    Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

    KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden AS hari ini, kata penganalisis. Pada…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    • March 19, 2025
    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

    • March 19, 2025
    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

    Mohd Iskandar Dzulkarnain Pengarah Urusan baharu AmanahRaya REIT

    • March 19, 2025
    Mohd Iskandar Dzulkarnain Pengarah Urusan baharu AmanahRaya REIT

    Pemegang saham HHRG minta EGM, usul singkir lima pengarah

    • March 19, 2025
    Pemegang saham HHRG minta EGM, usul singkir lima pengarah

    Ekuinas melabur dalam Bluesify perkukuh keselamatan siber negara

    • March 17, 2025
    Ekuinas melabur dalam Bluesify perkukuh keselamatan siber negara

    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

    • March 13, 2025
    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024