Ringgit terus merosot walaupun prestasi ekonomi di luar jangkaan

KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut lagi hari ini untuk mengakhiri minggu ini lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun Malaysia mencatatkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama yang lebih baik daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.4765/4835 berbanding dolar AS daripada 4.4615/4665 yang disaksikan semalam.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia merekodkan pengembangan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 selepas didorong oleh perbelanjaan sektor swasta.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dolar AS mendapat manfaat daripada status selamatnya di tengah-tengah drama siling hutang AS yang telah meletakkan kerajaan negara itu berisiko dalam membayar hutangnya.

“(Drama itu) memberi gambaran bahawa risiko keingkaran oleh kerajaan AS telah meningkat sekiranya mereka memutuskan untuk tidak menaikkan siling hutang sebelum tamat tempoh (had hutang) menjelang 1 Jun depan.

“Sehubungan itu, pasaran mata wang berkemungkinan berdepan kehindaran risiko dan permintaan terhadap mata wang selamat itu perlu dikuasai,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.8839/8915 daripada 4.8751/8805 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3233/3290 daripada 3.3122/3161 sebelumnya.

Ia lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.6082/6169 berbanding 5.6161/6224 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 13.1658/1922 daripada 13.2283/2482 dan mengukuh kepada 3.3552/3609 berbanding dolar Singapura daripada 3.3588/3628 sebelumnya.

Ringgit jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/304.1 daripada 302.9/303.5 semalam dan melemah berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.00/8.01.

  • Coelho

    Related Posts

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

    • July 4, 2025
    PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    • June 25, 2025
    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    • June 25, 2025
    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar