Cradle Fund sumbang RM1.83 bilion kepada KDNK sejak 2003

KUALA LUMPUR: Cradle Fund Sdn Bhd menyumbang RM1.83 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui program geran dan pelaburan sejak penubuhannya pada 2003, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

MOSTI berkata, Cradle Fund, agensi ‘focal point’ kementerian untuk pemula niaga Malaysia, mengagihkan geran bernilai RM255 juta kepada lebih 1,000 usahawan tempatan sejak dua dekad lalu.

“Penerima geran Cradle Fund menyumbang sebanyak RM830 juta kepada KDNK tempatan di samping mencapai kadar pengkomersialan tertinggi dalam kalangan penyedia geran kerajaan iaitu 100 peratus untuk geran pengkomersialannya dan 76 peratus bagi program geran prototaipnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, penerima geran Cradle Fund menyediakan lebih daripada 80,000 peluang pekerjaan.

Sementara itu, program pelaburan Cradle iaitu Cradle Seed Ventures (CSV) dan DEQ800, menyumbang sebanyak RM1 bilion kepada KDNK negara melalui 43 portfolio pelaburan, selain memperoleh pelaburan susulan bernilai RM182 juta.

“Sehingga kini, usahawan yang dibiayai oleh program CSV dan DEQ800 telah menyediakan lebih daripada 1,000 pekerjaan,” katanya lagi.

Ketika bercakap mengenai MYStartup, komuniti dipacu data yang dimulakan oleh MOSTI dan digerakkan oleh Cradle Fund, kementerian itu berkata inisiatif berkenaan memberi impak langsung kepada lebih 5,000 pemain industri, dengan platform digitalnya menerima lebih 70,000 lawatan, merekodkan lebih 4,000 pengguna berdaftar dan pendaftaran 3,500 syarikat pemula niaga setakat ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata pemula niaga akan memainkan peranan penting sebagai pemacu penting inovasi, sentiasa mencari peluang untuk mencabar norma dan tidak gentar kepada risiko.

“Pengiktirafan yang diperoleh Cradle Fund melambangkan dedikasi tenaga kerjanya yang sentiasa berusaha untuk memartabatkan usahawan serta mendorong perkembangan ekosistem pemula niaga tempatan selain terus memacu ekosistem berkenaan ke paras baharu,” kata beliau semasa Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-20 agensi itu, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund, Norman Matthieu Vanhaecke, berkata mandat yang diamanahkan kepada agensi itu telah mewujudkan pendekatan sinergi yang membolehkan pemula niaga berkembang maju.

“Melalui integrasi yang lancar, syarikat pemula niaga boleh memaksimumkan potensi mereka, mengatasi cabaran dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta penciptaan pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras