Ahmad Terrirudin azam tunai amanah sebagai Peguam Negara sebaik mungkin

  • News
  • September 6, 2023

PUTRAJAYA: Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mula tugas secara rasmi sebagai Peguam Negara bermula hari ini.

Beliau ketika mendaftar masuk sistem kehadiran secara dalam talian pada jam 8.15 pagi di lobi Jabatan Peguam Negara, berazam untuk menunaikan amanah dengan sebaik mungkin.

“Insya-Allah saya akan tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin,” katanya ringkas.

Beliau turut menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berterima kasih kepada kerajaan atas pelantikannya.

Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan secara kontrak semalam.

Ahmad Terrirudin, 55, yang merupakan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 25 Mac 2022.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham

  • July 11, 2025
SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham