Bintai Kinden peroleh kontrak bernilai RM3.5 juta bekal 300 katil di Hospital Petra Jaya

KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) melalui anak syarikat 50.5% miliknya, Johnson Medical International Sdn Bhd (JMI) memperoleh kontrak bernilai RM3.5 juta daripada Blackfox Engineering Sdn Bhd (BFESB).

Kontrak tersebut melibatkan pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan sistem loket untuk 300 buah katil di Hospital Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BKCB, Datuk Tay Chor Han berkata, pihaknya sangat teruja untuk JMI bekerjasama dengan BFESB dalam projek ini kerana dengan reputasi JMI yang mantap sebagai pembekal pakar sistem loket tempatan yang kompetitif.

“Ditambah dengan kepakaran mekanikal dan elektrikal kumpulan BKCB menyokong kami untuk melaksanakan projek lebih kompleks dan bernilai tinggi, kami optimis bahawa JMI akan terus memajukan penawaran perkhidmatan dan produknya yang berkualiti tinggi,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Anugerah kontrak terbaru ini antara lain menyertai barisan projek berjaya yang JMI pernah terlibat sebelum ini, seperti Hospital Tanjung Karang, Hospital UTAR, Hospital Cyberjaya, dan Hospital Putrajaya.

Kontrak selama 380 hari itu bukan sahaja memperkukuh aliran hasil syarikat tetapi juga menyerlahkan kecekapan JMI dalam rumusan infrastruktur perubatan.

Mempunyai pelbagai paten dan reka bentuk berdaftar, JMI kekal sebagai peneraju dalam bidang penyelesaian penjagaan kesihatan modular.

Kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada kewangan syarikat untuk tahun berakhir 31 Mac 2024 dan 31 Mac 2025.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026

Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

  • August 7, 2026
Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

  • August 5, 2026
SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

  • August 4, 2026
LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia