Anwar nafi wujud elemen pelanggaran tata kelola dalam tender bekal makanan tentera

  • News
  • October 29, 2024

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud elemen pelanggaran tata kelola dalam penggagihan tender bagi pembekalan makanan kepada anggota keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sepeti yang dipersoal Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Menurut Perdana Menteri, pemberian tender pembekalan makanan kepada ATM itu adalah di bawah pengetahuan dan kelulusan beliau selaku Menteri Kewangan.

“Sebab itu kadang-kadang dalam pandangan kita harus teliti. Jangan hanya melontarkan secara semborono tanpa fakta seperti mana saya dengar ucapan Pasir Puteh sebelum ini bahawa Kementerian Kewangan tidak ikut tatakelola dalam pengagihan kontrak kepada D Saji dan Bukit Gantang.

“Tidak benar sama sekali. Saya yang tandatangan, saya tahu. Dengar daripada mana? Daripada Tiktok. Ini belajar daripada mana ni? Tiktok, seorang pula, Whatapps.

““Bila bercakap…atas nama Islam, rujuk al-Quran, tapi bila hentam tak peduli. Ini yang saya bangkitkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan Nik Muhammad Zawawi berhubung mekanisme dan audit yang akan dilaksanakan kerajaan bagi memastikan tidak berlaku pelanggaran tatakelola atau ketirisan dalam pengagihan subsidi bersasar RON95 dan pelepasan cukai dividen.

Dalm perbahasan Belanjawan 2025 semalam, Nik Muhammad Zawawi mendakwa mempunyai maklumat perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul dengan seorang pegawai berkaitan tender bagi membekalkan makanan kepada ATM.

Dakwa Nik Muhammad Zawawi, Syed Abu Hussin memohon tender berkenaan melalui sebuah syarikat dan “bertembung” dengan permohonan daripada FELDA D’Saji Sdn Bhd (D’Saji), syarikat milik kerajaan yang disifatkan amat berjaya, sama ada di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri menegaskan, isu tatakelola dalam pengagihan subsidi bersasar tidak berbangkit kerana ia sangat telus, dengan 85 peratus rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan harga RON95.

Anwar berkata harga itu dibayar pada harga pasaran tanpa subsidi, bukan kenaikan (harga) oleh T15, yang akan diperkirakan semula dan orang asing.

“Soal tatakelola, kita tidak ada tolak ansur. Tatakelola dalam soal pengagihan ini untuk 85 peratus itu kita tetap pertahankan.

“Jadi jangan pusing, jangan putar, jangan buat tuduhan melulu di dewan ini,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi