Fajarbaru tarik diri daripada projek rumah mampu milik bernilai RM192 juta di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah Fajarbaru Builder Group Bhd menarik diri daripada menyertai pembangunan rumah mampu milik di Putrajaya yang digelar Residensi Cemara, yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar RM192 juta.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Juamaat, Fajarbaru berkata Perbadanan Putrajaya telah menerima pengeluaran anak syarikat milik penuhnya Fajarbaru Land (M) Sdn Bhd sebagai pemaju bagi cadangan pembangunan itu.

Fajarbaru Land pada 24 Jan tahun ini menerima surat tawaran daripada Perbadanan Putrajaya berhubung pelantikan Fajarbaru Land sebagai pemaju Residensi Cemara.

Projek itu terdiri daripada 480 unit Residensi Madani dan 320 unit Residensi Wilayah, dengan tempoh pembangunan selama tiga tahun. Unit-unit ini adalah sebahagian daripada program perumahan tajaan kerajaan.

Cadangan pembangunan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Fajarbaru bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan seterusnya.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028