Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri kes rasuah RM2.8 juta

  • News
  • November 18, 2024

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkmah Rayuan di sini pada Isnin terhadap tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Keputusan kes yang dibaca Datuk Mohamed Zaini Mazlan bersama Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Noorin Badaruddin serta keputusan itu diputuskan secara sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Pada 18 September lalu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar dan Zizie daripada tiga tuduhan berkaitan rasuah.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 September tahun lalu, yang melepas dan membebaskan pasangan itu selepas membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Panel memerintahkan kes berkenaan dikembalikan di Mahkamah Sesyen bagi Bung Moktar dan Zizie membela diri terhadap tuduhan berkenaan.

Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan itu daripada tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA Berhad (FELCRA) dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Ia berikutan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar juga didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul