Mahkamah kembalikan pasport Na’imah secara kekal

  • News
  • November 28, 2024

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan balu Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal sementara menunggu keputusan perbicaraan atas dakwaan gagal mematuhi syarat notis pengisytihaaran aset.

Hakim Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada bukti untuk mewajarkan syarat tambahan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mac lalu yang menolak permohonannya bagi mendapatkan semula dokumen perjalanan itu.

“Tiada bukti sokongan mengapa syarat tambahan ini diperlukan, kami berpendapat bahawa hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf di mana beliau membuat perintah untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah yang tiada alasan sah dan munasabah.

“Oleh itu, keputusan Mahkamah Sesyen menetapkan syarat tambahan untuk menyerahkan pasport diketepikan,” katanya yang bersidang dengan Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, lapor BH.

Na’imah diwakili peguam Datuk Prof Gurdial Singh Nijar manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin hadir untuk pendakwaan.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah, 66, menyerahkan pasportnya di Mahkamah Sesyen sebagai sebahagian daripada syarat jaminan apabila dia didakwa gagal mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 22 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Na’imah untuk menuntut semula pasportnya secara kekal dengan menyatakan bahawa tiada ketidakadilan dalam keputusan Mahkamah Sesyen untuk merampas dokumen itu sebagai jaminan tambahan.

Mengikut pertuduhan, Na’imah gagal mematuhi notis SPRM pengisytiharan harta termasuk syarikat, kenderaan mewah dan hartanah.

Antara aset itu ialah Menara Ilham, sebuah kediaman di Bukit Tunku, empat bidang tanah dan bangunan pegangan bebas berhampiran Bukit Tunku, sebuah Mercedes Benz EQC400 dan sebuah Mercedes Benz 500SL.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar