Fitch Solutions rendahkan unjuran defisit Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyatuan fiskal akan berlaku di Malaysia lebih pantas pada era pasca pandemik, ia diunjurkan berkurangan pada 2023 kepada 4.9 peratus daripada 5.3 peratus sebelumnya, kata Fitch Solutions Country Risk and Industry Research (Fitch Solutions).

Fitch Solutions dalam laporan prospeknya berkata ia telah menyemak turun unjuran defisit Belanjawan Malaysia 2023 berikutan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada 2023 dijangka berkurang sebanyak 2.3 peratus kepada RM386.1 billion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Ia berkata belanjawan yang disemak semula itu lebih tinggi berbanding RM372.3 bilion sebelumnya yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakob pada Oktober 2022.

“Secara keseluruhan, kami menjangkakan hasil sebagai bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)turun kepada 15.2 peratus daripada KDNK tahun ini daripada 16.5 peratus pada tahun fiskal sebelumnya dan sedikit di bawah unjuran kerajaan sebanyak 15.4 peratus daripada KDNK untuk 2023,” katanya.

Fitch Solutions juga berkata ia menjangkakan perbelanjaan akan merosot kepada kira-kira 20.1 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 22 peratus pada 2022.

“Disebabkan kadar penyatuan fiskal yang lebih pantas, kami menjangkakan jumlah hutang kerajaan sebagai sebahagian KDNK akan mencecah 60.7 peratus pada 2023, berbanding jangkaan kami sebelum ini sebanyak 63.4 peratus.

“Walaupun ini akan memberi petunjuk bahawa peningkatan daripada jangkaan disemak semula sebanyak 59.6 peratus daripada KDNK pada 2022, nisbahnya jauh di bawah had hutang berkanun yang disemak sebanyak 65 peratus.

“Angka itu juga turun daripada paras tertinggi sebanyak 63.5 peratus yang dicatatkan pada 2021,” katanya.

– Bernama

  • Infante

    Related Posts

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    KUALA LUMPUR: Farm Fresh Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat berakhir 31 Mac 2025 (4QFY25) berbanding RM23.9 juta pada suku sama tahun sebelumnya didorong…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025