20 firma Malaysia sertai pameran minyak terbesar Asia Barat

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20 syarikat minyak dan gas (O&G) Malaysia akan menyertai Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) tahun ini, pameran O&G terbesar di Asia Barat.

Berlangsung selama tiga hari bermula 2 Oktober ini, syarikat-syarikat ini akan terbabit dalam lebih 120 pertemuan perniagaan yang diatur antara peserta pameran Malaysia dan rakan antarabangsa dari Asia Barat, Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.

“Minat yang kuat daripada syarikat Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu mencerminkan kepentingan rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA),” kata Pengarah Bahagian Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Idzham Abdul Hamid dalam satu kenyataan, hari ini.

Idzham berkata, selain menyertai ADIPEC, MATRADE juga memudahkan pengeksport Malaysia dengan menghubungkan mereka dengan syarikat-syarikat minyak nasional (NOC) di rantau ini.

“Kami berharap syarikat-syarikat Malaysia akan dapat mendaftar sebagai vendor untuk NOC dan membida projek minyak dan gas di pasaran masing-masing,” katanya.

Beliau turut menambah, syarikat-syarikat terbabit digalakkan untuk menghubungi pejabat MATRADE di Jeddah, Kaherah, Doha dan Dubai untuk mendapatkan bantuan untuk akses pasaran dan pengembangan perniagaan di rantau MENA.

MATRADE telah menganjurkan penyertaan syarikat Malaysia dalam ADIPEC sejak 2014.

Syarikat-syarikat Malaysia akan mempamerkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan fabrikasi peralatan proses minyak dan gas, perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan mekanikal, penyelesaian kejuruteraan, perkhidmatan pematuhan perlindungan ledakan, penyelesaian kesihatan, keselamatan dan persekitaran, serta perkhidmatan pemeriksaan dan pembersihan saluran paip.

Pada 2022, jumlah eksport Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) meningkat 45.4 peratus kepada RM15.44 bilion berbanding RM10.62 bilion pada 2021.

Eksport produk petroleum ke UAE meningkat hampir empat kali ganda kepada RM2.41 bilion.

Syarikat-syarikat minyak dan gas Malaysia mempunyai kehadiran langsung di sana atau terbabit dalam projek di kebanyakan negara Asia Barat, dengan tumpuan di UAE, Arab Saudi, Qatar, Iraq dan Oman. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras