Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, demikian menurut Standard Chartered Bank (Singapore) Ltd.

Dalam nota penyelidikan global hari ini, bank itu berkata memandangkan subsidi masih ada, inflasi Januari menyederhana sedikit, dan dengan hanya satu bulan data sejak Januari, BNM diunjur mengekalkan pendirian tunggu dan lihat untuk menilai kesan pelarasan OPR terkumpul yang lepas.

Bagaimanapun, ia menambah sementara BNM menghentikan sementara kenaikan kadar pada Januari, nada penyata dasar monetari yang disertakan tidak memihak kepada pertumbuhan ekonomi (dovish), dan bank pusat mempunyai penilaian positif terhadap ekonomi domestik dan membiarkan ruang untuk kenaikan selanjutnya.

“Kami akan memerhatikan bagaimana penilaian BNM terhadap pertumbuhan domestik manakala prospek inflasi telah berkembang sepanjang bulan lalu,” katanya.

Justeru, Standard Chartered mengekalkan saranannya agar BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas (bps) kepada tiga peratus pada Mei, lebih awal daripada jangkaan rasionalisasi subsidi bahan api pada separuh kedua 2023, yang mungkin mengecualikan kumpulan pendapatan T20 daripada subsidi bahan api.

“Berdasarkan andaian harga minyak US$80 setong Kementerian Kewangan, kami menganggarkan penghapusan subsidi bahan api untuk kumpulan pendapatan T20 akan menambah 0.5 mata peratusan kepada inflasi setiap tahun,” tambahnya.

  • Coelho

    Related Posts

    • Ekonomi
    • January 20, 2025
    • 425 views
    Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

    KUALA LUMPUR: Malaysia catat rekod tertinggi perdagangan RM2.879 meningkat kepada 9.2 pada 2024, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport melebihi…

    • Ekonomi
    • January 8, 2025
    • 361 views
    Kerajaan perkenal insentif cukai istimewa tarik pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

    KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan kadar cukai korporat isitimewa 5% bagi tempoh sehingga 15 tahu menerusi pakej insentif cukai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis