Pesuruhjaya Polis sahkan Taib Mahmud dirawat di rumah, dalam keadaan baik

  • Kes
  • February 7, 2024

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87, kini menerima rawatan di kediamannya dekat Demak Jaya, di sini.

Datuk Mancha, turut memaklumkan bekas Ketua Menteri Sarawak itu berada dalam keadaan baik.

“Ya, Tun kini berada di rumahnya sendiri di Demak Jaya tetapi kita tidak boleh memberikan butiran lanjut.

“Ini kerana kes masih dalam siasatan selepas polis menerima lapan laporan sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Op Selamat sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, setakat ini polis menerima lapan laporan berhubung isu membabitkan Abdul Taib, selepas beliau dibawa keluar dari Hospital Pakar Normah, Petra Jaya, tengah malam Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Datuk Mancha enggan mengulas lanjut.

“Ia tidak boleh didedahkan kerana pihak kami masih menjalankan siasatan,” katanya.

Sabtu lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang doktor Hospital Pakar Normah selepas Abdul Taib didakwa dibawa keluar dari hospital itu.

Susulan itu, adik beliau, Datuk Mohamad Tufail Mahmud pula membuat laporan polis terhadap isteri Abdul Taib, Toh Puan Raghad Kurdi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis